in

3 Tan ‘Ikan Keramat’ Mati Sebab Banjir, Orang Kampung ‘Kuburkan’ Sebab Dilarang Makan

Ft Ikan Dikuburkan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lepas viral satu video yang menunjukkan sekitar 3 tan ikan mati ‘disemadikan’ di Sumatera Barat.



Menurut detik.com, warga tempatan di kawasan tersebut memilih untuk ‘kebumikan’ ikan-ikan tersebut daripada makan atau membuangnya adalah kerana ikan yang beratnya kira-kira 5 hingga 13 kilogram untuk setiap seekor itu adalah ‘ikan keramat’.

Ketua Jabatan Perikanan & Hidupan Laut, Zulfi Agus berkata, kesemua 3 tan ikan itu mati akibat timbusan lumpur daripada banjir.

“Tadi malam hujan lebat, material lumpur yang ada dalam sungai menyebabkan gangguan insang. Itu yang menyebabkan ikan mati.”

Tambah sumber lagi, kesemua ikan-ikan itu dikumpulkan sebelum ‘disemadikan’ di tepi sungai.

“Jadi ini ikan larangan. Tidak ada yang berani mengambil ataupun memakannya. Jadi kami warga memilih menguburkan. Ikan di sini tak pernah dimakan. Yang pernah dimakan hanya ikan yang ada jaraknya sekilo dari sini,” kata salah seorang warga setempat, Asiman.

Ikan Larangan

Bagi masyarakat Minang, ikan keramat atau ikan larangan ini adalah satu mitologi, penduduk dilarang untuk menangkap, pancing atau makan. Menurut kepercayaan mereka lagi, sesiapa yang ingkar larangan ini akan mendapat bala sebab ikan itu sudah dimantra.

3 Tan Ikan 2

Malah, ikan-ikan ini juga dikatakan akan digunakan untuk membuat satu ritual dan ikan-ikan ini juga tidak akan bergerak ke mana-mana, biarpun banjir sekalipun.

Kejadian banjir ini berpunca daripada insiden gempa bumi magnitud 6.1 skala ritcher yang melanda di negara tersebut baru-baru ini.

Baca : Lelaki Ini Pilih Kuburkan Isteri Di Halaman Rumah Sebagai Tanda Cinta Sejati

Cover 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.