in

“200 tahun dulu orang main gasing” – Netizen Terhibur Tengok Cara Lelaki Ni Bergurau Dengan Adiknya

12Bey

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kasih sayang adik beradik tu umpama air yang dicincang tidak akan putus. Kadang-kadang tu ada gak benda yang buat kita sentap dan terasa dengan apa yang adik beradik kita buat. Walaupun menyakitkan hati, percayalah, kasih dorang takkan pernah putus.


Kali ni kami nak cerita pasal seorang abang dengan nama @aliff_nurhaqeem dan adiknya. Apa cerita mereka ni admin? Sabar jap, nak bagi tahu lah ni. Si abang ni sengaja sakat adik dia yang kalah game beyblade. Si adik tu mungkin terkesan dengan kata-kata abang dia, menangis lah, apa lagi. Cuba korang tengok sendiri tweet dekat bawah ni.

Screen Shot 2019 07 28 At 4.07.44 PmEazcqgjvaaaqj2V

 

Gurauan adik beradik

Macam biasalah adik beradik memang gurau tu kadang-kadang buat pedih hati dan sangat mendalam. Ada gak yang tak bergurau pun, dia cakap macam biasa je, tapi tetap deep. Terkesan weh.

Screen Shot 2019 07 28 At 4.10.09 PmHaa.. ni revenge paling nice kalau betul jadi. Mahu si abang tu terpinga-pinga dapat surat lawyer lepas 15 tahun. Entah dia ingat ke tak lagi peristiwa tu. 

Screen Shot 2019 07 28 At 4.11.03 PmIni pun sejenis balas dendam gak. Walaupun tak dapt buat dekat abang sendiri, buat dekat anak dia pun dah puas hati. Niat tu bukan nak memecahbelahkan keluarga, tapi sekadar gurauan kasar antara adik beradik je. 

Screen Shot 2019 07 28 At 4.11.21 PmMungkin orang yang bitter tu yang tak ada adik beradik kot. Anak tunggal mungkin, tak tahu lah apa yang best gurau kasar adik beradik.

Screen Shot 2019 07 28 At 4.10.25 PmOh yeke? Zaman admin dulu beli beyblade tak sure pulak ori ke ciplak. Seronok tengok dia pusing-pusing je dulu lawan dengan kawan sekolah. Bila berlanggar keluar api tu memang puas lah. Tapi sekarang ni tak tahu pulak macam mana yang sampai 7 lapis ni. 

Screen Shot 2019 07 28 At 4.29.55 PmOkay ni admin tahu dia cakap pasal beyblade. Tapi apa benda xcalibur ke buster ke semua tu admin tak faham. Okay terasa tua disini. 

 

Baca: “Otak bisnes ni” – Netizen Kagum Dengan Perniagaan Adik Darjah2 Ni,  Jana RM700 Sebulan

Screen Shot 2019 07 28 At 4.37.38 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.