“Otak bisnes ni” – Netizen Kagum Dengan Perniagaan Adik Darjah 2 Ni, Jana RM700 Sebulan

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Beyblade kembali menjadi fenomena lepas kali terakhir menjadi trend beberapa tahun dulu. Apa yang menarik sangat pasal beyblade ni admij pun tak sure sangat, tapi admin pernah lah panggil dia gasing moden.

Okay apa yang kami nak share harini adalah kena mengena dengan beyblade jugak. Tapi yang ni pasal macam mana seorang budak darjah dua buat income dari jual grafik beyblade. Cuba korang tengok tweet oleh @M_Naqi ni

Wow RM700 sebulan

Ya, itulah yang berjaya dijana oleh adik ni setiap bulan. Dengan berbekalkan kertas A4, dia jual dekat member-member sekolah dia. Dan yang paling style ialah dia pandai guna photoshop! Admin pun terkial-kial lagi nak guna benda tu.

Kecik RM3, besar RM6. Uish senang betul buat duit. Design pun nampak menarik. 

Simple je nampak benda ni. Tapi masyuk weh jual benda ni dekay sekolah. Iye lah semua orang ada beyblade, semua orang nak custom untuk jadi lain dari yang lain.

Netizen Tabik

Memang power dan handal lah adik ni. Admin dulu darjah 2 kalau buka computer pun main game je. Kalau bosan sikit buka Paint main conteng-conteng. Adik ni memang next level lah.

Memang dahsyat kan. Orang yang tengah study graphic design pun impress. Hebat!

Betul, masa depan dia cerah. Boleh pergi jauh. Siapa sangka nanti dah besar boleh design sendiri beyblade atau permainan-permainan lain. Good luck ye dik!

Kan admin dah cakap, dia ni memang otak bisnes. Memang opportunist betul. Making profit from others. Tahniah dik!

Apa-apa pun admin doakan adik ni berjaya, bukan setakat dengan wang ringgit, tapi dengan skill dan kreativiti yang ada tu. Semoga terus berjaya!

 

Baca: ”Halaa comelnyaaa” – Video Moyang Layan Cicit Battle Beyblade Cuit Hati Netizen

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.