in

Malaysia Negara Pertama Di Dunia Jadikan Beyblade Sebagai Kelab Rasmi Kokurikulum Di Sekolah!

Ft Beyblade

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malaysia telah mencapai kejayaan global apabila negara ini menjadi yang pertama mengiktiraf Beyblade sebagai sebahagian daripada aktiviti kokurikulum di sekolah.

Setakat Disember 2024, permainan yang pada mulanya sebagai hobi ini telah diambil sebagai insiatif daripada Rakan Muda yang membolehkan pelajar sekolah meraih markah dalam aktiviti kokurikulum sekolah dan ia secara rasmi dijadikan sebagai sebuah dukan di bawa kerangka sukan kebangsaan.


Artikel berkaitan: “Kesilapan tak disengajakan” – Sekolah Menengah di Batu Pahat Dikecam, Asingkan Kokurikulum Ikut Bangsa & Jantina

Artikel berkaitan: Malaysia Lakar Sejarah, Tampil Juara Olimpiad Robot Dunia Buat Kali Ke-13

Inisiatif yang diperkenalkan oleh Kelab Gasing Beyblade (KGB) ini bertujuan untuk mengintegrasikan permainan ini ke dalam sistem pendidikan negara dengan menetapkannya sebagai sukan rasmi di sekolah.

Ia memberikan tumpuan terhadap pembangunan disiplin, mengambangkan kemahiran dan semangat daya saing pelajar sekolah menerusi latihan yang diberikan.

Screenshot 2026 05 15 185732

Selain itu, sesi ini akan diselaraskan oleh jurulatih yang bertauliah (BeyTRAINER) dan mengikut modul. Dalam pada itu, Simposium Beyblade X Malaysia 2026 yang berfungsi sebagai platform kebangsaan bagi guru dan jurulatih (BeyTRAINER) untuk menyokong pertumbuhan BEYBLADE X sebagai sebuah sukan dan juga aktiviti kokurikulum.

Memperuntukkan peserta dengan pandangan tentang pengurusan program, termasuk peraturan pertandingan, kaedah latihan, dan garis panduan pelaksanaan yang selaras dengan matlamat pendidikan negara.

Program ini menrancang untuk melancarkan kelab BeyBlade di semua sekolah rendah di seluruh negara, yang khusus untuk murid yang berumur dari 6 tahun hingga 12 tahun.

Screenshot 2026 05 15 185756

Dalam pada itu penganjur juga membuat sasaran ‘Road to 1,000’ yang membawa maksud menubuhkan 1,000 kelab sekolah dan sasarkan kejohan di peringkat daerah negeri dan kebangsaan.

Inisiatif ini menyediakan sebanyak 1,000 stadium Beyblade dan 3,000 set permulaan (starter kit) ke sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.

Disamping itu, program ini telah disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan beberapa Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Screenshot 2026 05 15 185816

Selain itu, program ini menekankan kerjasama dalam berpasukan, meenyusun strategu dan mengembangkan kreativiti serta persaingan yang sihat. Kelab Gasing Beyblade juga bertujuan untuk mewujudkan ekosistem yang mampan dengan menghubungkan sekolah, komuniti dan penganjur kebangsaan.

Sumber : WORLD OF BUZZ, Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.