in

“18.91 Untuk 200m?” – Wow! Pelari Pecut Ingatkan Dah Pecah Rekod Dunia, Rupa-rupanya…

Untitled Design 24

Memecah rekod dunia adalah satu perkara yang sangat di idamkan oleh semua atlet. Walaupun ia agak sukar namun memecahkan rekod dunia adalah satu perkara yang tidak mustahil. Dan siapa yang tak happy kan apabila secara tidak sengaja dapat memecah rekod dunia?

Terbaru, Noah Lyles dari Amerika Syarikat mencatatkan rekod 18.91 saat pada acara 200 meter lari pecut di Sukan Inspirasi di Florida, catatan yang mampu ‘meleburkan’ rekod dunia bintang sensasi Jamaica, Bolt yang merakam 19.19s pada 2009.

Bagaimanapun, disebabkan catatan terbaik Lyles sebelum ini hanya 19.50s, atlet itu sendiri tidak percaya dia mampu mencipta masa terpantas seperti itu dan ia jelas dapat dilihat menerusi riak wajahnya yang ‘bingung’ sebaik melepasi garisan penamat.

Beberapa minit kemudian, Lyles mendapat tahu yang dia bermula di tempat permulaan yang salah dan hanya menamatkan larian sejauh 185m, bukannya 200m.

“Anda tidak boleh bermain emosi saya seperti ini. Meletakkan saya di tempat yang salah,” kata Lyles menerusi laman Twitter miliknya.

Capture 1

Pengulas yang terkejut sehingga hanya mampu ketawa ketika melihat masa yang dicatatkan Noah Lyles di skrin apabila mengatakan ia tidak mungkin betul dan sangat mustahil.

Ala shian dia kene fakehope…

 

Baca: Ini Dia Hero Kita! Bukan Saja Dapat Pingat Emas, Ridzuan Puzi Juga Pecah Rekod Dunia

1 5 3

Sumber: Twitter