in

12 Tawaran Biasiswa Untuk Pengajian Dalam Negara dan Oversea Tahun Ini

Biasiswa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pendidikan merupakan perkara yang penting dalam kehidupan setiap individu. Oleh itu, ramai dalam kalangan masyarakat yang berebut-rebut mengejar peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.


Namun begitu, kos pengajian dan perbelanjaan sepanjang pengajian menjadi kebimbangan utama kepada mereka yang ingin menyambung pembelajaran ke peringkat tinggi. Namun begitu, adalah diingatkan bahawa terdapat biasiswa yang disediakan bagi membantu golongan yang tidak mampu untuk menampung perbelanjaan tersebut.

Oleh itu, kami telah menyenaraikan 12 biasiswa pengajian dalam dan luar negara yang ditawarkan pada 2018!

 

1. Anugerah Biasiswa Penuh Pra-Universiti DISTED

Disted
sumber: penang centre of education tourism

Kolej DISTED menawarkan biasiswa penuh kepada yang layak untuk menyertai program pra-universiti di kolej tersebut. Perlu diingatkan tarikh tutup permohonan adalah pada 23 April 2018.

Berikut merupakan kriteria dan syarat kelayakan bagi yang berminat untuk memohon:

  • Terbuka kepada warganegara atau penduduk tetap Malaysia
  • Pemohon perlu mendaftar di Kolej DISTED
  • Keputusan SPM/IGCSE 2017 ialah 10A dan ke atas serta aktif dalam aktiviti kokurikulum

Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik di sini

 

2. Biasiswa Fair & Lovely

Biasiswa Fair Lovely
sumber: blog

Produk jenama Fair & Lovely telah menyediakan biasiswa untuk 40 orang mahasisiwi sebagai inisiatif untuk memperkasakan kaum wanita dalam mengejar masa depan yang cerah. Permohonan telah pun dibuka kepada pelajar yang berminat.

Berikut merupakan kriteria dan syarat kelayakan bagi yang berminat untuk memohon:

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja
  • Terbuka kepada siswi sahaja.
  • Sedang menyambung pengajian dalam peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di universiti tempatan

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini

 

3. Biasiswa Diploma Kejururawatan di International Medical College (IMC)

Imc
sumber: blog

International Medical College menawarkan biasiswa separuh dan penuh kepada mereka yang berminat mengambil Diploma Kejururawatan di IMC. Diingatkan tarikh tamat permohonan adalah pada 23 Mac 2018.

Berikut merupakan kriteria dan syarat kelayakan bagi yang berminat untuk memohon:

  • Terbuka kepada pelajar lelaki dan perempuan warganegara Malaysia
  • Perlu mendapat kredit dalam mata pelajaran Matematik, Sains, BM dan dua lagi subjek lain.
  • 5 kredit dalam keputusan SPM termasuk mata pelajaran BM, Matematik dan satu subjek Sains termasuk Bilogi, Kimia dan Sains Asas serta dua lagi subjek lain.

Untuk maklumat lanjut, boleh klik di sini

 

4. Biasiswa Yayasan Universiti Malaysia

Yayasan
sumber: prestariang

Yayasan Universiti Malaysia menawarkan biasiswa untuk program asasi, diploma dan ijazah sarjana muda. Tarikh akhir untuk memohon biasiswa ini adalah pada 31 Disember 2018.

Berikut merupakan kriteria dan syarat kelayakan bagi yang berminat untuk memohon:

  • Jumlah bayaran tajaan adalah bergantung kepada keputusan SPM
  • Pemohon layak mendapat tambahan RM1,000 rebat bagi setiap A dalam mata pelajaran Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Inggeris dan Information Technology

Untuk maklumat lanjut boleh klik di sini

 

5. Anugerah Biasiswa Dana Pendidkan The Star 2018

The Star
sumber: the star

Anugerah biasiswa ini ditawarkan di atas kolaborasi di antara Star Media Group dengan beberapa institusi pendidikan di Malaysia bagi membuka peluang kepada golongan muda warganegara yang layak.

Berikut merupakan kriteria dan syarat kelayakan bagi yang berminat untuk memohon:

  • Terbuka kepada rakyat Malaysia berumur tidak lebih daripada 25 tahun (kecuali bagi jurusan pascasiswazah)
  • Mendapat keputusan cemerlang dalam SPM/UEC/STPM
  • Tidak terikat dengan bantuan atau biasiswa dari mana-mana institusi lain

Pemohon yang berminat boleh memuat turun borang di sini dan menghantar semula beserta dokumen berkaitan di alamat yang dinyatakan di dalam borang tersebut dalam masa dua minggu selepas keputusan SPM atau STPM.

 

6. Yayasan Khazanah

Yayasan Khazanah
sumber: blog

Yayasan Khazanah menawarkan program Asasi, Sarjana Muda, Pascasiswazah dan PhD kepada pelajar yang berminat. Pemohon boleh memohon dari 15 Januari hingga 31 Januari 2018.

Adalah diingatkan bahawa Yayasan Khazanah menyediakan biasiswa bagi empat jenis program di mana setiap program mempunyai syarat kelayakan dan kriteria yang berbeza.

Untuk maklumat lanjut bagi setiap program, anda boleh klik di sini

 

7. Biasiswa Cemerlang Sunway

Sunway
sumber: jeffrey cheah foundation

Universiti Sunway akan menganugerahkan biasiswa kepada pemohon yang mempunyai keputusan akademik yang baik dan berminat untuk meneruskan pengajian di dalam program ijazah sarjana muda yang telah disenaraikan. Pemohon boleh memohon dari 28 Februari hingga 1 Ogos 2018.

Berikut merupakan kriteria dan syarat kelayakan bagi yang berminat untuk memohon:

  • Terbuka kepada semua warganegara Malaysia
  • Mempunyai keputusan STPM AAA
  • Mempunyai keputusan cemerlang di dalam beberapa program asasi atau matrikulasi yang telah disenaraikan.

Untuk maklumat lanjut, boleh klik di sini

 

8. Universiti Chulalongkorn (Thailand)

Thai1
sumber: blog

Universiti Chulalongkorn menawarkan biasiswa kepada pelajar bukan warganegara Thailand untuk sesi pengajian tahun 2018/2019. Program Sarjana Muda yang ditawarkan akan diajar sepenuhnya di dalam bahasa Inggeris.

Berikut merupakan kriteria dan syarat kelayakan bagi yang berminat untuk memohon:

  • Mengambil dan mendapat keputusan TOEFL atau IELTS atau CU yang cemerlang
  • Mengambil CU/SAT/A-level/IB dan mendapat keputusan cemerlang bagi subjek Matematik dan Sains

Untuk maklumat lanjut, boleh klik di sini

 

9. Biasiswa Gamuda 

Gamuda
sumber: blog

Gamuda menawarkan biasiswa kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran sama ada di universiti awam mahupun swasta di Malaysia serta kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara di dalam jurusan kejuruteraan. Dimaklumkan permohonan akan dibuka pada bulan April 2018.

Berikut merupakan kriteria dan syarat kelayakan bagi yang berminat untuk memohon:

  • Mendapat 3A dalam keputusan STPM/A-Level/Matrikulasi/Asasi/Diploma.
  • Fasih di dalam Bahasa Inggeris.
  • Telah mendapat tawaran ke mana-mana universiti terkemuka di Malaysia dan di luar negara.

Untuk maklumat lanjut, boleh klik di sini

 

10. Biasiswa ASEAN UMT 2018

Umt
sumber: umt

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menawarkan biasiswa kepada semua pelajar di negara ASEAN bagi kemasukan pada bulan September 2018 untuk program pascasiswazah. Hanya pelajar yang terbaik sahaja akan dipilih untuk melanjutkan pelajaran mereka di universiti tersebut.

Berikut merupakan kriteria dan syarat kelayakan bagi yang berminat untuk memohon:

  • Pemohon perlulah dari negara ASEAN
  • Mempunyai minimum CGPA 3.6
  • Perlu memohon sebelum 31 Mei 2018 bagi kemasukan bulan September

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi:

Alamat:T145, 21300 Kuala Terengganu,Terengganu, Malaysia.
No. Telefon: 09-6684813
Email: fadzilah@umt.edu.my

 

11. Biasiswa Diploma ISKL IB 

Ib
sumber: twitter

The International School of Kuala Lumpur menawarkan biasiswa bagi program diploma kepada pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di situ. Biasiswa yang disediakan adalah diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan di Malaysia dan telah ditawarkan sejak 2002. Permohonan dibuka sehingga 28 Februari 2018.

Berikut merupakan kriteria dan syarat kelayakan bagi yang berminat untuk memohon:

  • Mempunyai keputusan percubaan SPM yang cemerlang.
  • Pernah menyertai aktiviti khidmat masyarakat.
  • Mempunyai recommendation letter daripada guru.

Untuk maklumat lanjut, boleh klik di sini

 

12. Biasiswa Global Leader (Jepun)

Japan
sumber: blog

Universiti Musashino di Tokyo, Jepun menawarkan biasiswa bagi rakyat Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran Ijazah Sarjana Muda di situ selama empat tahun. Walau bagaimanapun, hanya dua jurusan yang ditawarkan iaitu Ijazah Sarjana Muda Bisnes Global dan Perakaunan dan Bisnes. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Januari 2018

Berikut merupakan kriteria dan syarat kelayakan bagi yang berminat untuk memohon:

  • Pemohon perlu berumur 18 tahun ke atas pada tarikh 31 Ogos 2018.
  • Pemohon wajib sudah menamatkan 12 tahun pendidikan formal pada 31 Ogos 2018
  • Pemohon perlu mengambil dan mendapat keputusan cemerlang di dalam TOEFL/IELTS

Untuk maklumat lanjut, boleh klik di sini

Jadi kepada sesiapa yang nak melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi, bolehlah cuba hantar permohonan. Mana tahu ada rezeki kan? Semoga berjaya!

Baca: Kenali Pelajar Genius Dari Malaysia Ini, Dapat Tajaan Biasiswa Paling Berprestij di Dunia

Gg 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.