12 Produk Terbaik Untuk Membanteras Kulit Berminyak Orang Malaysia

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kulit berminyak?!! Eww!! Memang struggle gila kalau ada kulit berminyak ni. Rasa rimas dan berlengas lagi-lagi bila hari panas.

Masalahnya, kalau ada kulit berminyak ni, nak pakai mekap pun rasa give up sebab nanti kejap je mekap cair disebabkan minyak tu. Tapi korang jangan risau! Kali ni admin nak suggest 12 produk terbaik untuk membanteras kulit berminyak macam orang Malaysia ni!

 

1. Pencuci Muka

 

a) Himalaya Purifying Neem Face Wash

Sumber: Blog

Kelebihan: Keluarkan extra minyak kat muka tanpa buat kulit kering

Produk ni dibuat daripada bahan semulajadi macam neem dan kunyit yang ada bahan untuk membantu pulihkan masalah kulit. And girls, this one is good for oily skin tau! Sebab bahan dalam ni dapat tolong keluarkan extra minyak kat muka tu tanpa buat kulit korang kering. Kalau dah guna a few times, korang boleh rasa perbezaan kadar minyak dan kulit korang lembut je.

Harga: RM28.80/150ml

 

b) Senka Perfect Whip Cleanser

Sumber: Blog

Kelebihan: Bersihkan kekotoran secara mendalam

Admin suka pakai ni sebab buih dia padat dan rasa puas dan bersih bila pakai produk keluaran Senka ni. Cleanser ni ada amino acid yang boleh hilangkan kekotoran secara mendalam sebab dia akan menembusi kat dalam liang-liang muka korang. So basically, dia bukan je boleh bersihkan extra minyak yang ada dekat kulit muka tapi semua kekotoran serta jadikan kulit muka korang bersih dan bebas minyak.

Harga: RM16.90/120g

 

c) Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Sumber: Blog

Kelebihan: Rawat kulit bermasalah

Tak sahlah kan kalau tak ada Cetaphil dalam senarai. Admin pun pernah pakai ni sebab orang kata bagus. And guess what? Memang excellent! Lagi-lagi dalam membasmi kulit berminyak ni. Cleanser Cetaphil ni bebas sabun dan boleh rawat kulit bermasalah termasuklah balance kan balik minyak pada kulit supaya tak terlalu berminyak dan dalam masa yang sama tak terlalu kering.

Harga: RM36.32/250ml

 

2. Serum

 

a) The Face Shop Jeju Volcanic Lava Pore Essence

Sumber: Blog

Kelebihan: Menutup liang pori yang terbuka

Serum The Face Shop ni ada kandungan volcanic ash yang antara benefit dia ialah serap minyak berlebihan yang ada pada kulit muka. So, kiranya bila korang pakai ni, takde lah berkilat lagi muka korang. Antara sebab kulit berminyak ialah pori terbuka dan serum ni pulak dapat bantu tutup pori tu dan masalah kulit minyak tak ada lagi!

Harga: RM71.90/50ml

 

b) Benton Snail Bee High Content Essence

Sumber: Blog

Kelebihan: Seimbangkan kadar minyak pada muka

Tekstur gel serum ni sangat ringan dan cepat je meresap dalam kulit. Kandungan semulajadi yang ada dalam produk pun boleh baiki masalah kulit dan of course boleh basmi masalah kulit muka berminyak. Kadang-kadang kulit korang hasilkan minyak yang berlebihan sebab tak cukup kelembapan, so, produk ni boleh seimbangkan balik kadar minyak sambil menghaluskan kulit.

Harga: RM58.30 /60ml

 

3. Toner

 

a) Naruko Tea Tree Shine Control & Blemish Clear Toner

Sumber: Blog

Kelebihan: Membantu masalah kulit berjerawat

Toner ni best pakai sebab bukan je boleh banteras masalah kulit berminyak  tapi boleh juga membantu kulit korang yang jenis berminyak dan berjerawat. Sebab selalunya kalau kulit berminyak, mesti jerawat akan naik, so, better korang pakai this toner sebab dia boleh hapuskan masalah ni, bersihkan pori tersumbat dan hilangkan parut jerawat.

Harga: RM42/150ml

 

b) Innisfree No Sebum Toner

Sumber: Innisfree

Kelebihan: Serap minyak sampai dalam pori

Toner keluaran Innisfree ni tak melekit dan cepat serap dalam kulit. Dalam dia ada bahan semulajadi macam pudina dan akan kawal asid pH dekat kulit muka. Kalau korang pakai ni, dia akan balance kan juga minyak dekat kulit supaya tak terlalu berminyak tapi tak terlalu kering. Toner ni jugak akan menyerap minyak sampai kat dalam-dalam pori supaya kulit nampak segar je.

Harga: RM58/200ml

 

4. Moisturiser

 

a) Himalaya Oil Free Radiance Gel Cream

Sumber: Blog

Kelebihan: Produk tak berminyak

Walaupun kulit muka korang berminyak, tapi korang still kena pakai moisturiser dan Himalaya Oil Free Radiance Gel Cream patut ada dalam rutin skincare korang sebab teramat membantu nak tangani masalah kulit berminyak. Tekstur produk ni pun tak berminyak, so, selesa je lah bila pakai lagi-lagi sebab dia cepat serap dalam kulit.

Harga: RM42.80/50ml

 

b) Etude House Sweet Pudding Tone-Up Oil Control Cream

Sumber: Blog

Kelebihan: Cerahkan tona kulit

Produk dari Korea ni ada kandungan ekstrak biji chia dan ekstrak daun neem yang sangat membantu dalam mengawal minyak yang berlebihan pada kulit muka. Selain tu, sambil dia membanteras masalah kulit berminyak, produk ni jugak boleh cerahkan tona kulit. Bila korang pakai moisturiser ni, kulit muka akan rasa lembut, tak berminyak dan tak ada cacat cela.

Harga: RM44.90/50ml

 

5. Sunblock

 

a) Innisfree Daily UV Protection Cream No Sebum SPF 35/PA+++

Sumber: Lazada

Kelebihan: Jadikan kulit muka matte look

Dekat Malaysia ni, korang kena make sure pakai sunblock bila keluarKorang yang muka berminyak boleh guna sunblock daripada Innisfree ni sebab memang diformulasi untuk kulit berminyak! Korang tak perlu risau mekap cair ke apa, sebab produk ni pun tak greasy dan akan control minyak pada muka korang serta jadikan kulit muka jadi matte look. So, memang highly recommended!

Harga: RM56.00/50ml

 

b) Biore UV Perfect Face Milk

Sumber: Blog

Kelebihan: Boleh jadi asas mekap

Sunblock dari Biore ni dirumus khas supaya tak melekit dan sesuai untuk korang yang ada masalah kulit berminyak. Produk ni langsung tak sumbatkan liang pori dan teksturnya pulak licin serta boleh jadi asas mekap. Best kan? Perlindungan dari cahaya matahari pun tahan lama. Muka pun tak berminyak dan merimaskan bila pakai ni.

Harga: RM27.50/30ml

 

6. Bonus

 

a) Innisfree No-Sebum Blur Powder

Sumber: Blog

Kelebihan: Smoothkan tekstur kulit

Bila korang dah pakai mekap dan still tak rasa confident sebab risau kulit akan berminyak, korang gunakan No-Sebum Blur Powder dari Innisfree. Dia jenis loose powder yang korang pakai last sekali after mekap. Bedak ni takde colour dan akan serap minyak yang terhasil dekat muka, jadikan kulit muka korang bebas minyak. Also, dia ada blur effect yang akan smoothkan tekstur kulit muka korang. Powder ni pun boleh pakai bila-bila korang rasa kulit berminyak. Memang bagus!

Harga: RM35/5g

Memang leceh ada kulit muka berminyak ni sebab jadi tak selesa dan pakai mekap pun kejap je tahan. Tapi nasib baik ada banyak produk yang dah dibuat khusus untuk banteras masalah ni. Korang boleh try produk dalam ni. Tapi ingat kesan optimum dapat dilihat kalau korang istiqomah pakai dan ikut jugak keserasian kulit memandang setiap kulit berbeza-beza.

Cuba tau!

Baca: 10 Moisturiser Terbaik Bawah RM60 Untuk Orang Malaysia Yang Mempunyai Kulit Kering

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.