Waktu hidup single lain caranya, hidup dah berkahwin pun lain caranya. Bila dah ada anak, lagilah berbeza cara hidup seharian. Percaya atau tak, ada yang hidupnya sampai berubah terus dah tak macam dulu langsung. Yang pastinya bila dah ada anak ni, macam-macam benda yang kita buat kena adapt dengan keadaan baby kita.
Ni antara perkara yang mesti korang rindu nak buat lepas ada anak:
1. Bangun lewat
Korang yang selalu bangun lambat tu mesti tak percaya diri sendiri someone yang selama ni bukan main liat nak bangun, sekarang dah rajin bangun awal. Kalau tak kerana tangisan anak kecil, mesti korang akan terbangun dengan sendiri jugak. So bila setiap hari bangun awal, mesti ada one day ni yang korang tiba-tiba rasa macam nak bangun lewat macam dulu-dulu. Ai rindunya zaman masa boleh tidur sepuas-puasnya!
2. Tengok tv rancangan kita suka
Kalau dulu korang tak pernah terlepas drama di slot Akasia kat TV3 petang-petang tu. Akasia, Samarinda, Sinetron, semua korang sapu. Tapi sekarang bila dah dikurniakan cahaya mata, bukan kata drama, nak tengok iklan pun tak sempat! Kalau tak rancangan kartun, mesti rumah korang bergema dengan nursery rhymes yang dipasang untuk anak. Silap hari bulan, korang pun dah terhafal sekali lagu kanak-kanak tu.
3. Makan dengan tenang
Kalau dulu boleh makan kunyah slow-slow, kasi cukup 40 kali hadam, barulah selesai sesi makan. Tapi bila dah ada anak kecil ni, mesti korang akan rindu saat korang boleh makan dengan aman dan tak kena terkejar-kejar sampai ada yang almost tercekik. Nanti anak dah pandai makan sendiri karang korang rindu nak suapkan anak pulak nanti. Ye tak?
4. Mekap cantik-cantik / bergaya smart-smart
Sepandai mana pun kita uruskan masa, kita tak boleh lari dari the fact that waktu yang kita guna dalam seharian perlu dibahagikan untuk diri sendiri, pasangan dan anak-anak bila dah berkeluarga. So bila nak bersiap, kita mesti nak siap cepat-cepat dan simple je sebab lepas ni nak siapkan anak pulak. Kadang-kadang mesti ada yang rindu nak berhias cantik-cantik macam zaman single dulu, kan?
5. Hang out dengan kawan
Malam ni keluar makan, jom? Weekend ni pergi Genting, nak? Sebelum ada anak kecil, inilah antara soalan favourite korang untuk kawan-kawan. Tapi bila dah berkeluarga, jarang sekali ataupun mungkin korang dah tak pernah langsung lepak dengan kawan-kawan. Sekali sekala mesti ada rasa macam nak hang out dengan geng zaman bujang dulu, betul tak?
6. Bincang isu semasa
Tak payah beranganlah nak sembang pasal ekonomi ke, isu semasa ke, politik ke, kalau dah ada anak. Selalunya korang akan sembang pasal hal bayi dan budak-budak je. Pasal cara jaga anak, tips itu, tips ini, semua isu berkaitan anak-anak dan keluarga. Nak cakap pasal diri sendiri pun jarang sekali, apatah lagi pasal isu semasa.
7. Cakap telefon lama-lama
Tiap-tiap hari ataupun tiap-tiap minggu mesti kita ada call mak kita, kan? Bila dah bersembang tu, confirm macam-macam cerita keluar dan kadang-kadang boleh bergayut sampai berjam-jam. Tapi sekarang, baru cakap tak sampai 10 minit, anak dah mula tarik-tarik telefon. Tak pun menangis atau akan panggil kita untuk layan mereka bermain.
8. Dating dengan pasangan
Orang dulu kata, kita kena selalu jadikan perkahwinan tu macam awal-awal kahwin atau zaman dating time dulu barulah perkahwinan tu akan sentiasa jadi seronok. Bila dah dikurniakan baby, jarang sekali akan ada masa untuk dating berdua. Selalunya kalau dah ada anak ni, nak keluar dating mesti kena bawak anak sekali. So mesti ada waktu yang korang teringat balik zaman dulu-dulu bila boleh dating berdua je dengan pasangan masing-masing.
9. Me time
Sejak berkeluarga dan melahirkan anak, life kita akan sentiasa didampingi bayi atau pasangan kita. Hidup berkeluarga dan ada anak yang comel sudah semestinya buat kita gembira, tapi kadang-kadang tu ada jugak rasa macam nak ada masa bersendirian sekejap.
10. Makan junk food
Twisties, potato chips, coca-cola. Sebut sahaja apa nama junk food tu, semuanya korang bedal. Tapi bila dah ada anak kecil, korang akan lebih serius dan berjaga-jaga nak pilih makanan yang elok untuk dimakan. Semuanya sebab tak nak anak korang tiru nanti segala makanan yang korang suap ke dalam mulut.
11. Travel, pergi kedai
Jangan kata nak travel jauh-jauh, nak pergi kedai sebelah rumah pun kadang-kadang susah bila dah ada baby ni. Kalau keluar dengan anak dan pasangan, mesti korang tak boleh nak fokus pilih barang sebab tumpuan sepenuhnya diberikan pada anak dan pasangan tu. Kalau boleh keluar pun, mesti akan pergi tempat aktiviti yang jadi pilihan anak kita.
Bukan senang nak jadi ibu bapa ni. Rindu macam mana pun kat perkara-perkara yang kita pernah buat dulu, kita mesti berkorban demi anak-anak. Susah macam mana pun jaga anak ni, kalau takde dorang, bosan hari kita!
Baca: 7 Tips Sangat Berguna Buat Para Isteri dan Suami Untuk Memudahkan Urusan Seharian