in

“10 tahun lalu pun dah hebat” – Sofyank Tayang Skill Edit Video Sejak Usia 14 Tahun, Patutlah Sekarang Saing-Saing Zachking!

Muda Lagi Dik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak kenal dengan instafamous bernama Sofyank ni? Nama Sofyank sering menjadi sebutan ramai selepas gaya editingnya yang super kreatif tu mendapat pujian instafamous luar negara bernama Zachking.


Zachyank

Tapi korang tahu tak, kejayaan yang dicapai Sofyank ni bukan mudah tau dan dia sebenarnya dah mula mendalami skill editing video ni semenjak 10 tahun lepas lagi. Wah… hebatlah! 

Menerusi perkongsian di Twitter, Sofyank tunjuk videonya ketika berusia 14 tahun yang diedit menggunakan perisian After Effect. Malah katanya lagi, pada masa tu dia belum pun ada telefon pintar lagi. Jadi dia edit je record je guna webcam.

Fuh! Hebatlah… Kita umur 14 tahun pun masih terkial-kial lagi nak guna laptop masa tu. Budak zaman sekarang lain lah kan! 

“Video 10 tahun lepas

“Masa ni belum ada phone, so semua video akan shoot guna webcam, kemudian edit guna after effects. Utk sound effects pula klau tak sempat pergi cybercafe, sy akan bt manual guna mulut dan ubah speed utk jadi suara chipmunk. #kalaukitausahakitapastiboleh”

 

“Minat. Usaha. Berani mencuba. Syabas, anak muda” 

Perkongsian Sofyank tersebut mendapat pujian netizen yang tak sangka di usia semuda itu, anak muda ini sudah pandai berjinak-jinak menggunakan software editing level professional ini.

Malah ada yang cakap, kalau dah pandai buat MySpace dan Facebook pada usia tu pun kira satu pencapaian hebat tau. Hiks! 

Belajar

Nak tengok video-video kreatif yang diedit Sofyank? Haa korang boleh je follow Instagramnya di sini

Baca: “Baik diam dari condemn” – Pemuda Dihencap Gara-gara Bitter Tengok Bakat Sofyank, Zach King Malaysia

Op

Sumber: Instagram
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.