in

“10 KALI GANDA LAGI BANYAK” – Penduduk Wuhan Dedah Kematian Akibat Covid-19 Sebenarnya Seramai 42,000 Orang!

Kematian Covid19

Angka kematian akibat Covid-19 di China, pusat bermulanya pandemik itu dikatakan mungkin sepuluh kali ganda lebih tinggi daripada yang dilaporkan pihak berkuasa.

Menurut The Sun, penduduk tempatan di Wuhan mendedahkan mengapa mereka rasa jumlah kematian sebenarnya lebih tinggi daripada angkat kematian yang dilaporkan secara rasmi.

Wuhan4

Jumlah keseluruhan kematian akibat virus ini dipercayai dalam anggaran 42,000 orang, sepuluh kali ganda daripada yang dilaporkan iaitu seramai 3,000 hingga 4,000 orang.

Antara faktor yang menyebabkan rakyat tempatan di Wuhan berkata sedemikian adalah:

  • Setiap hari kira-kira 500 bekas abu mayat dihantar kepada ahli keluarga mangsa. Bekas itu diagihkan daripada 7 rumah mayat yang berbeza di wilayah Hubei.
  • Setakat ini, ada 3,500 abu mayat dijadualkan untuk diserahkan setiap hari menjelang Festival Qing Ming pada 4 April ini.

Wuhan7

Wuhan6

  • Tidak mungkin ada sedikit saja jumlah orang mati kerana tempat pembakaran mayat beroperasi sepanjang hari. Menurut salah seorang penduduk tempatan bernama Zhang,

Tidak mungkin (angka kematian sedikit) kerana tempat pembakaran beroperasi sepanjang masa. Jadi, mana mungkin sedikit sahaja orang yang mati kan?”

Wuhan2

Wuhan1

Bukan itu saja, menurut satu sumber yang kenal dengan pihak berkuasa di Hubei, dalam masa sebulan 28,000 proses pembakaran mayat telah dijalankan di bandar itu. Tapi ada juga yang berpendapat mungkin pihak berkuasa akan dedahkan sedikit demi sedikit kematian supaya orang ramai akan menerima kenyataan secara perlahan-lahan.

Sejak awal wabak ini merebak lagi, China sudah dikritik dan ramai yang mempersoalkan negara itu sama ada mereka memberi kenyataan mahu pun berita yang sahih.

Wuhan3

Baca: “Tak cukup bilik mayat” – [VIDEO] Mayat Pesakit Covid-19 di US Diangkat Guna ‘Forklift’, Simpan Dalam Trak Sejuk Beku

Mayat Covid 19 Us

Sumber: The Star
Sumber: Lobak Merah
Sumber: Lobak Merah
Sumber: The Sun