Berikutan kes Covid-19 yang semakin meningkat kembali baru-baru ini, orang ramai dinasihati untuk sentiasa menjaga diri masing-masing daripada terdedah dengan gejala berjangkit ini. Jika didapati bergejala, inisiatif seseorang individu itu sendiri untuk membuat ujian kendiri adalah sangat digalakkan.
Oleh hal yang demikian, pasti ramai yang dah familar dengan ujian RTK dan PCR kan? Tapi, sebenarnya korang tau tak apa perbezaan antara dua ujian ni?
Seorang pegawai perubatan melalui akaun peribadi Twitternya baru-baru ini telah berkongsikan penjelasannya berkaitan ujian kendiri RTK dan PCR ini. Perkongsian daripada Dr. Bessima Jamal ini bukan sahaja menjelaskan beza antara RTK dan PCR, beliau juga memberi tips waktu terbaik untuk melakukan ujian tersebut.
Ok since a LOT of ppl tak faham pasal ni, I buat thread about RTK vs PCR Okies. How to do self test correctly, when is the best time to do so. Jom share utk kebaikan sesama! https://t.co/a3jO17cXdP
— B (@bessythemessy) February 12, 2022
Apa sebenarnya RTK ni?
Rapid Test Kit (RTK) merupakan ujian kendiri (self-test) Covid-19 di mana kit ujian tersebut boleh dibeli di farmasi. Kit ini boleh didapati dalam dua jenis sama ada ujian melalui hidung (nasal) ataupun air liur (saliva).
“RTK mmg sensitive ttp dia hanya akan detect if ur viral load tgh tinggi and infectious (most kits kne CT value <30-35 bru detect as positive),” jelas Dr. Bessy.
Jadi, Dr. Bessy nasihatkan waktu terbaik untuk lakukan ujian kendiri RTK ini ialah dalam tempoh 1-5 hari bergejala. Menurut beliau lagi, individu bergejala dinasihati untuk membuat self-test RTK semula pada hari ketiga sekiranya mendapat keputusan negatif pada hari pertama. Tapi, kalau korang mampu beli kit RTK ni lebih, nak buat hari-hari dalam tempoh hari pertama hingga hari kelima pun boleh.
“Lagi satu, saliva test ni paling elok dibuat awal pagi. Bangun pagi, don’t eat or drink, don’t brush teeth, terus gi buat test. Kalau ada kahak ke try kluarkan kahak tu cmpur dgn saliva u utk test,” jelasnya lagi.
Pun begitu, sekiranya tak dapat buat awal pagi, pastikan korang tak makan atau minum dalam tempoh 30 minit sebelum nak buat self-test ni untuk dapatkan keputusan yang lebih accurate. Kalau RTK yang nasal pula, tak perlu risau bila-bila masa pun boleh buat asalkan kedalaman ‘cucuk hidung’ tu mengikut arahan pada kit ujian tu.
Selain itu, Dr. Bessy juga ingatkan untuk make sure keputusan diambil selepas tepat 10 hingga 15 minit. Lebih daripada itu, keputusannya dah tak tepat. Manakala, kalau korang dapati diri bergejala dalam tempoh lebih dari 5 hari, selalunya ujian RTK dah tak boleh nak kesan, jadi kena buat PCR.
PCR ni apa pula?
Polymerase Chain Reaction (PCR) biasanya sangat sensitif kerana ia akan kesan ‘cebisan-cebisan’ DNA virus Covid-19. Jadi, walaupun hanya sikit cebisan yang ada, ia tetap boleh detect.
Ujian PCR kebiasaannya dilakukan melalui cucuk hidung dan tekak (bahagian dalam). Ia selalunya mengambil masa 2-3 hari untuk mendapat keputusan kerana perlu dihantar ke makmal. Bagi ujian PCR, sangat jarang untuk dapat keputusan false negative.
Kesimpulannya, untuk RTK keputusannya boleh didapati dalam tempoh yang singkat. Pun begitu, tempoh untuk lakukan ujian tersebut agak limited (1-5 hari tempoh bergejala). Manakala, PCR pula walaupun keputusannya agak lambat untuk diperoleh dan kos untuk membuat ujian tersebut agak mahal, tapi ia sangat sensitif dan berisiko rendah untuk mendapat keputusan false negative.
So, kalau bergejala atau kontak rapat, buat self-test RTK secara berulang dulu, dan ingat ya kalau dapat keputusan line pudar (faint line) pun dikira positif!
Dr. Bessy juga sarankan untuk kita buat self-test sebelum keluar berjumpa dengan orang ramai, ke majlis perkahwinan atau berjumpa dengan golongan berisiko tinggi serta jadikan ia sebagai norma baharu untuk lindungi diri sendiri dan orang sekeliling.
Baca: Berkuatkuasa Semalam, KKM Keluarkan SOP Baharu Kuarantin Untuk Kes Kontak Rapat