Gara-gara kenyataan sukan silat olahraga ‘tak real’ berbanding Muay Thai, petarung MMA, Johan Ghazali atau Jojo telah dikecam segelintir pihak.
Kenyataan itu menerusi sedutan video podcast yang dimuat naik di TikTok di mana Johan ditanya jika perlu berlawan dengan pesilat.
“Tak tahu sebab silat yang aku nampak, bukan aku nak jatuhkan sukan mereka, tapi silat olahraga yang aku tengok mereka fight tu, sejujurnya dia rasa tak real tau.
“Sebab mereka tak boleh tumbuk muka dan mereka punya sistem pelik, boleh bantahlah… So rasa Muay Thai lebih real dan lebih authentic,” katanya dalam podcast itu.
Artikel berkaitan: Guna Serangan Knockout, Atlet Muay Thai Malaysia Berjaya Tumbangkan Lawan Hanya 16 Saat
@youusaff Seni bela diri.
Namun, jelasnya itu adalah pandangan peribadi kerana dia belum pernah berjumpa dengan mana-mana pesilat yang benar-benar hebat.
Kenyataan itu mencetuskan kontroversi sehingga ada yang menuduh Johan merendahkan silat. Namun, ada juga yang berpandangan terbuka dengan kenyataan Johan.
Memetik sumber mStar, Johan mendakwa dia tidak berniat untuk menjatuhkan sukan silat dan individu yang memberi komen negatif itu tidak memahami apa yang dia sampaikan.
“Yang saya maksudkan adalah silat olahraga, bukannya silat original. Saya cakap silat olahraga banyak undang-undang,” ujarnya.
Menerusi hantaran Azrul Affandi Sobry di Facebook, Johan di ruangan komen mengatakan soalan yang dikemukan sangat rumit dan tidak mempunyai jawapan yang betul atau salah.
Katanya, soalan itu dijawab berdasarkan pendapat peribadinya dan mungkin akan menceburi sukan silat untuk mendalami tentang seni bela diri itu.