in

Zillion Dollar Lobster Frittata: Diiktiraf Guinness World Record Sebagai ‘Omelet’ Paling Mahal

Zillion Dollar Lobster Frittata Diiktiraf Guinness World Record Sebagai Omelet Paling Mahal Dunia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Telur boleh dianggap sebagai antara makanan versatile yang menjadi kegemaran ramai. Bagi peminat makanan ini, masaklah apa saja hidangan, kalau ada telur, confirm licin pinggan.


Eggs E1614505187194

Bercakap mengenai telur, hari ni admin nak kongsikan tentang satu hidangan telur yang harga dia memang boleh buat orang menangis. Sampaikan dish ni berjaya masuk Guinness World Record sebagai omelete paling mahal di dunia.

Kalau nak tahu lebih lanjut, korang kenalah baca sampai habis.

Zillion Dollar Lobster Frittata

Fritatta E1614505295914

Pada tahun 2004, hidangan omelete yang dikenali sebagai Zillion Dollar Lobster Frittata berjaya memecahkan rekod dunia sebagai omelete paling mahal boleh didapati dengan harga $1,000 (RM4,054.50).

Tapi, harga makanan itu sudah dinaikkan kepada $2,000 (RM8,109) untuk melambangkan kualiti dan harga kaviar yang digunakan.

Berikut merupakan antara bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan Zillion Dollar Lobster Frittata:

  • 10 auns kaviar Sevurga
  • Kesemua isi udang kara (‘lobster’)
  • 6 biji telur segar
  • Krim
  • Kucai
  • Yukon ‘gold potato’

Hanya jual 12 Zillion Dollar Frittatas setiap tahun

Zillion Dollar Lobster Frittata

Menjadi menu di Norma’s Restaurant, Le Parker Meridien Hotel, New York, Amerika Syarikat, hidangan omelete ini terhasil selepas Presiden Le Meridien, Steven Pipes dan executive chef, Emile Castilo sedang brainstorming mengenai cara untuk menggabungkan omelete dan kaviar.

“Memandangkan penggunaan kaviar akan membuatkan hidangan ini menjadi mahal, mereka (Steven & Emile) memilih untuk menjadi kreatif,” kata Lisa Tharp, pengarah komunikasi pelanggan di Le Parker Meridien.

Walaupun hidangan mewah ini popular dalam kalangan masyarakat elit di New York, hanya 12 hidangan Zillion Dollar Lobster Frittata sahaja yang akan dijual oleh Norma’s Restaurant setiap tahun.

Selain itu, restoran ini juga ada menjual Zillion Dollar Lobster Frittata dalam versi yang lebih kecil. Hanya menggunakan 1 auns kaviar, versi mini ini boleh didapati dengan harga $200 (RM810.90).

Apa pendapat korang? Ada tak yang terasa nak cuba?

Sumber: CNBC

Baca: Cha Ruoi – Telur Dadar Inti Cacing Laut, Sajian Bermusim Istimewa Di Vietnam

Palolo7 E1614504463250

Sumber: Which.co
Sumber: Phinemo
Sumber: Top 10s

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.