in

Cha Ruoi – Telur Dadar Inti Cacing Laut, Sajian Bermusim Istimewa Di Vietnam

Palolo7 E1614504463250

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang melancong ke Hanoi, Vietnam, mungkin korang pernah nampak gerai-gerai yang menjual Cha Ruoi.



Di Vietnam, Cha Ruoi sudah disajikan sejak turun temurun dari generasi ke generasi terutamanya di bahagian utara Vietnam.

 

Cha Ruoi – Telur dadar inti cacing laut

Di luarnya kelihatan seperti telur dadar biasa namun intinya sangat istimewa iaitu cacing laut. Cacing laut tersebut digaul bersama telur mentah, kulit limau, bawang serta rempah-rempah lain sebelum digoreng. Boleh juga dicampur dengan daging.

Palolo3

Cacing tersebut direndam dahulu dengan air panas untuk menghilangkan segala sesungut, kaki-kaki dan baunya.

Palolo1

Palolo5

Seperti telur dadar yang lain, ia boleh dihidang mengikut selera sendiri. Ada yang makan begitu saja, ada yang jamah dengan nasi, ada yang jadikan fillet roti, ikut koranglah nak macam mana.

Rasa cacing laut sepanjang 2 inchi ini dikatakan mirip dengan kaviar.

 

Cacing palalo

Cacing laut spesies ini tidak unik di Vietnam, ia boleh didapati di persisiran pantai yang bersempadan dengan Lautan Pasifik seperti Jepun, China, Indonesia dan Samoa.

Bagaimanapun setiap tempoh di hujung tahun, cacing-cacing ini akan dibawa arus hingga sampai ke pinggiran laut Vietnam khususnya di belah utara.

Biasanya cacing ini akan muncul tiap Oktober hingga November. Menurut OddityCentral, ia dikatakan ada kaitan dengan musim pembiakan spesies cacing tersebut.

Palolo4

Jadi hidangan ini popular pada hujung tahun kerana ramai yang menantikan musimnya.

Nampak macam telur dadar biasa kan? Kalau nak rasa kena pejam mata sikit lah.

 

Baca : “Kulit dia setaraf biawak” – Ikan Bandaraya Bakar Cicah Kuah Asam Sajian Istimewa Di Vietnam?

Ikan9

Sumber: blog
Sumber: blog
Sumber: 24h

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.