in

“Zaman kita berdiam diri sudah berakhir” – Siti Kasim Disaman RM2 Juta Kerana Fitnah Pendakwah Islam!

Siti Firdaus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak ada angin tak ada ribut hari ini, pendakwah Islam, Firdaus Wong Wai Hung telah mengemukakan saman sebanyak RM2 juta ke atas peguam dan aktivis sosial, Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim.


Menurut laporan Astro AWANI, Firdaus menerusi laman Facebook telah memberitahu yang dia telah membuat saman fitnah terhadap Siti Kasim kerana peguam ‘sensasi’ itu telah memfitnahnya dalam laman media sosial tak lama dulu. 

 

“Ini bukan saman kerana Puan Siti mencabar saya berdebat” 

Firdaus juga dalam masa yang sama menegaskan saman ini tiada kaitan dengan debat yang sebelum ini dirancang oleh mereka berdua tetapi tergendala atas beberapa hal yang tak diingini.

“Ini bukan saman kerana Puan Siti mencabar saya berdebat dan kemudian… ini saman fitnah kedua saya selepas Arunakiri Nathan yang memfitnah saya sebelum ini. Insya-Allah ini bukan yang terakhir, minggu depan seorang lagi yang berprofil tinggi juga akan disaman.

“Atas nasihat peguam, saman fitnah RM2 juta difailkan terhadap Puan Siti Zabedah Kasim atas kenyataannya dalam Facebook yang berbaur fitnah terhadap saya,” kata Firdaus.

[Saman Fitnah RM2juta Siti Kasim].Atas nasihat peguam, saman fitnah RM2juta difailkan terhadap Puan Siti Zabedah Kasim…

Posted by Firdaus Wong Wai Hung on Thursday, July 11, 2019

 

“Zaman kita berdiam diri dan diserang bertubi-tubi sudah berakhir. Kita perlu serang dengan ilmiah serta undang-undang” 

Tambah Firdaus lagi, dia kini tidak boleh berdiam diri dan serangan Siti Kasim ke atas dirinya perlu dibalas dengan serangan ilmiah dan undang-undang.

“Cukuplah selama ini mereka bebas bercakap dan berbuat sesuka hati tanpa ada tindakan undang-undang.

“Zaman kita berdiam diri dan diserang bertubi-tubi sudah berakhir. Kita perlu serang dengan ilmiah serta tindakan undang-undang.

“Doakan kemenangan kita semua. Semoga ada kebaikan daripada saman ini dan keharmonian negara berdasarkan Rukun Negara serta nilai ketimuran terus terjaga,” kata Firdaus.

Screen Shot 2017 05 26 At 7.54.09 Am
sumber: blog

Siti Kasim dan Firdaus sebelum ini pernah merancang untuk berdebat di khalayak ramai sebelum peguam terbabit berdolak dalih memberi alasan yang dia mahukan debat tersebut diadakan di Facebook live dan bukannya di dewan.

Peguam terbabit kemudian katanya telah melemparkan tuduhan bahawa Firdaus sebenarnya hanya mahu mencari publisiti murahan dan menyebarkan agenda ekstrimis apabila pendakwah tersebut bertegas mahu debat itu disaksikan orang ramai di dewan.

Image 2
sumber: blog

Apa pendapat korang mengenai isu ni? Haih dari elok-elok nak berdebat dah jadi kes saman pulak. 

Baca: “Kau ni nampak desperate..Jangan malukan diri sendiri lah” –  Siti Kasim ‘Sound’ Haziq Aziz

Haziq

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.