Generasi millenial dan ke atas pasti kenal dengan lagu Puteri nyanyian Datuk Zainal Abidin yang pernah menjadi siulan orang ramai pada awal tahun 2000.
Bagaimanapun, baru-baru ini, Zainal Abidin ada kongsikan kisah yang berlaku ketika pembikinan lagu tersebut di mana dia pernah berebut dengan penyanyi lain dan ia bukan calang-calang penyanyi tau, Celine Dion!
Artikel Berkaitan : “Maaf Kerana Mengecewakan Anda” – Celine Dion Batal Konsert, Terlalu Lemah Untuk Terus Menyanyi
Artikel Berkaitan : Demi Jaga Penampilan, Zainal Abidin Mengaku Tidak Malu Cucuk ‘Botox’;
Dalam satu wawancara, Zainal Abidin menjelaskan bahawa lagu Puteri atau versi aslinya Heart Don’t Lie telah menarik minat Celine Dion. Jelasnya, Celine Dion sudah menempah lagu tersebut tetapi belum bayar.
Namun begitu, Zainal Abidin dan pihak syarikat rakaman itu telah membayar dahulu untuk memiliki hak lagu tersebut. Disebabkan itu, telah berlaku sedikit pertengkaran kecil di antara mereka.
@selebritionline Datuk Zainal Abidin berkongsi mengenai kisah lagu “PUTERI”.. #SembangEntertainment #MusicOnTrend #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypage #hiburan #entertainment #filem #lokal #selebriti #artis #trendingnewsMalaysia #muzik #konsert #amgras #amgrassoundmeta2pro #honor #honormalaysia #honormagic5pro #ZainalAbidin #DatukZainalAbidin #Puteri #LaguPuteri #concert #music #beritadiTikTok #tiktok #selebritionline
“Apabila saya rakamkan lagu tersebut dan didengar oleh Celine Dion, dia marah. Dia telefon saya dari Kanada secara terus mengatakan bahawa dia ingin mengambil kembali lagu itu. Jadi pertengkaran kecil berlaku. Saya kata ini bukan lagu awak lagi, ianya telah dibayar dan menjadi hak Warner Music Malaysia.”
“Maka sudah tiada masalah Celine Dion, kami berkawan, sekali sekala kami hantar mesej tanya apa khabar antara satu sama lain.”
Walau bagaimanapun, biarpun lagu ini popular, ia tidak dapat dipertandingkan kerana pencipta asal lagu ini bukan dari Malaysia.
“Lirik saya sudah lupa siapa terjemah tetapi lagu itu tidak boleh dipertandingkan kerana penulis, penggubah dan pemilik asal lagu bukan rakyat Malaysia.”
Wow, no wonderlah lagu ni sedap, ok lah nak pi layan sat.
Sumber :TikTok