in

“Maaf Kerana Mengecewakan Anda” – Celine Dion Batal Konsert, Terlalu Lemah Untuk Terus Menyanyi

Celine Dion

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Saya minta maaf kerana mengecewakan anda semua sekali lagi.” Kata Celine Dion dalam sebuah tweet khas untuk peminatnya. Tahun lepas, penyanyi popular ini telah menunda konsert jelajah kerana didiagnosis dengan Stiff-Person Syndrome, satu penyakit neurologikal yang sangat jarang berlaku.


Kini, Celine telah membatalkan kesemua konsertnya kerana tidak lagi mampu untuk melakukan persembahan seperti biasa.

Walau bagaimanapun, penyanyi berusia 55 tahun itu masih lagi cekal. Katanya lagi, beliau tidak akan berputus asa dan akan berjumpa dengan peminatnya semula pada masa akan datang.

“Walaupun saya rasa kecewa, saya terpaksa membatalkan kesemua konsert akan datang sehinggalah saya betul-betul sihat dan bersedia untuk kembali ke atas pentas.”

Pada tahun 2022, Celine telah memuat naik sebuah video di laman Instagramnya untuk mengumumkan diagnosis beliau.

Disebabkan penyakit yang dialami, beliau tidak dapat meneruskan konsert jelajahnya yang dijadualkan pada Februari 2023 seperti yang dirancang.

Tambah penyanyi lagu My Heart Will Go On, Because You Loved Me, All By Myself dan It’s All Coming Back To Me Now itu lagi, penyakit ini menyebabkan beliau tidak mampu menyanyi seperti biasa.

Apa itu Stiff Person Syndrome?

Celine Dion

Stiff Person Syndrome atau SPS merupakan sejenis penyakit autoimun.

Mereka yang menghidap penyakit ini mengalami masalah kekejangan otot pada kawasan tengah badan iaitu paha dan juga abdomen. Lama-kelamaan, kekejangan ini akan merebak ke kawasan kaki dan mempengaruhi otot lain.

Penghidap penyakit ini sukar untuk berjalan. Mereka juga tidak dapat menyeimbangkan badan dan lebih berisiko untuk jatuh dan tercedera.

Bukan itu sahaja, mereka juga sensitif terhadap bunyi-bunyian di sekeliling. Kadangkala, bunyi hon kereta sudah cukup untuk membuatkan mereka terjatuh. Disebabkan kawalan refleks yang lemah, kecederaan yang dialami juga boleh menjadi serius.

Buat masa ini, tidak ada penawar untuk SPS. Rawatan yang ada hanya mampu untuk mengawal simptom dan memperlahankan tahap penyakit ini merebak.

Disebabkan penyakit ini adalah penyakit autoimun, ia tidak dapat dielakkan.

Sumber: BBC News

Baca: Leave me alone’. Tampil Kurus Keding, Celine Dion Suka Dengan Dia Punya ‘New Look’

Celine Dion

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.