in

“Youtuber sekarang suka buat benda bodoh utk content” – Zukie Kena Hentam Sebab Ajar Minah Saleh Bukan-Bukan

Video1

Dekat Malaysia memang ada ramai Youtuber yang mempunyai pengikut masing-masing. Ada yang buat content travel, makan, short film dan macam-macam lagi. Salah seorang Youtuber terkenal adalah Zukie Mohamad yang ada lebih 1.12 juta subscribers. Setiap video yang dia upload akan dapat average tontonan melebihi 500,000.

Tapi baru-baru ini, video Zukie yang dimuat naik balik dekat Twitter jadi viral dan rata-rata netizen berpendapat content itu tidak beradab. Dalam video tu Zukie berkomunikasi dengan orang luar negara melalui aplikasi Ome TV dan dia dilihat cuba mengajar wanita tersebut bertutur dalam bahasa Melayu.

Video2

Tindakannya mendapat kecaman netizen sebab Zukie ajar wanita tersebut mengaku ‘bangang’. Melalui video tu, korang boleh nampak wanita berkenaan memang bersungguh nak cuba bercakap bahasa Melayu.Tapi, Zukie ajar dia cakap,

Aku….bangang…”

Lepas dah boleh cakap wanita tu sangat teruja tapi tanpa dia tahu sebenarnya Zukie ajar dia cakap benda tak elok. Siap cakap balik dekat wanita tu,

Yaaaa…betul…betul…kau bangang…kau bangang…”

Kesian pulak tengok perempuan tu tertipu, excited sangat dia dapat cakap…

 

“Tak kelakar”

Video tu dapat perhatian di Twitter dan rata-ratanya mengecam Zukie kerana sanggup buat content macam ni. Kata mereka ianya kurang ajar sebab wanita tu memang cuba nak cakap tapi Zukie boleh ajar cakap benda macam tu pula.

Sepatutnya dia ajar elok-elok dan tunjuk culture yang bagus serta kesopanan. Ada yang berkata sepatutnya dia minta maaf dan mengaku dia ajar perkataan tak elok.

Kecam1

“Tak boleh puaskan hati semua orang”

Tapi, ada juga yang berkata content Zukie tu kelakar dan video tersebut hanyalah sekadar untuk melawak semata-mata jadi tak perlulah nak ambil serious.

Suka1

Apa pendapat korang?

Baca: “Tega banget” – [VIDEO] Youtuber Indonesia Prank Bagi Makanan Berbuka Berisi Sampah dan Batu Demi Content

Feature 4 1

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter