in

“You tahu saya siapa” – Bawa Van Laju Sampai Hampir Nak Langgar Penduduk, Bila Ditegur Pakcik Ni Melenting Gertak Minta IC & Lesen

Whatsapp Image 2019 01 29 At 11.38.29 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang ni kalau berada di kawasan jalan besar, memang kena lebih berhati-hati. Kalau pandu cermat sekalipun pasti akan ada orang lain yang akan membuatkan kita sendiri terdedah dengan bahaya.


Macam situasi yang terjadi kepada pemuda Haikal Afendy ini, ketika dia bersama raknnya sedang menunggang motorsikal dalam perjalanan ke sesuatu destinasi, dia nyaris-nyaris dilanggar oleh van yang memandu laju.

Menurutnya, bukan mereka sahaja orang lain bahkan pejalan kaki yang melintas pun terpaksa ‘melompat’ untuk elak. Bila ditegur pemandu van tu nak melenting.

 

“You tahu siapa saya? Bagi saya you punya IC, Lesen”

https://twitter.com/HaikalAfendy/status/1089573911308644352

Ketika mereka berbalah pakcik ni, nak gertak-gertak minta lesen dan kad pengenalan. Siap nak rampas lagi.

“Bukan niat untuk memalukan beliau, tapi beliau yang mulakan mengambil video kami dengan kononnya “aku viralkan korang” sedangkan salah beliau dan persoalannya. siapa beliau utk tanya i/c lesen kami ? dan ingin mengambilnya ?

Jadi tujuan video ini disebarkan adalah utk membersihkan nama sahabat saya, jikalau ada terlihat video yang beliau rakamkan itu tersebar. tolong bagitahu saya ASAP.”

Bahkan pakcik ni dikatakan hampir-hampir dan melanggar pejalan kaki, dia siap hon pada semua orang untuk berikannya laluan.

Malah, lepas mereka tegur pakcik ni dia cuba-cuba nak langgar dari belakang. Haihh! Nasib baiklah dia sempat elak, kalau tak mesti dah jadi mangsa langgar lari

“Pada mulanya, dia bawa laju di kawasan perumahan, hampir langgar seorang brother motor juga, nasib bro tu elak, kami pun dia hampir langgar dari belakang. semasa kami kejar dia, dia hampir langgar pelintas jalan kaki. lepas kami menegur, dia cuba langgar kami dari belakang.”

Bukan itu je tau, masa nak beredar pakcik ni siap maki-maki lagi mereka berdua dengan kata-kata kesat. Aduhaiii!! Sesiapa yang bawa motosikal memang kena extra hati-hati. 

satu lagi pesanan, bawak motor ni always la kena hati hati. even naik kereta pun. tengok la keadaan sekeliling bila nak perembat laju laju pun. nasib yang hampir dilanggar tadi kami. sempat kami elak, bayangkan kalau pakcik pakcik tua ??

Ada lagi, selepas nak beredar dia sempat maki kami “babi, lancau, bodoh” dan lain lain. haih nasib la orang tua.”

Bukannya apa, mereka rakam video ini untuk buat tindakan awal sekiranya pakcik ni cuba viralkan mereka sebab dia dah cakap awal-awal.

Bagaimanapun, rata-rata netizen mengutuk tindakan pakcik ni, ada juga yang puji dengan sikap keberanian mereka menegur pakcik ni.

Admin sendiri menyirap tengok dia. Grrr!!!

 

Baca : Pasangan Dikecam Memandu Sambil Beriba

Apejadinioi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.