in

“Yg buat report tu lagi anjing daripada anjing” – Warganet Tak Sampai Hati Tengok Anjing Ini Ditangkap Sampai Berdarah Mulut

Anjing13
Lobak Merah
Lobak Merah
"Yg buat report tu lagi anjing daripada anjing" - Warganet Tak Sampai Hati Tengok Anjing Ini Ditangkap Sampai Berdarah Mulut
Loading
/

Memang benar islam ajar kita tak galakkan sentuh anjing tapi jangan la kita menyiksa dia sebab haiwan ini tak mempunyai akal tapi dia perasaan dan rasa sakit.

Kesian bila lihat video Atiff Aiman ni, anjing jalanan yang dijaganya telah ditangkap oleh pihak berkuasa.

 

Tengok la anjing aku kena tangkap kasarnyaaa sampai berdarah mulut. Aku marah pon tak pernah”

Apa membuatkan warganet rasa sedih apabila cara anjing itu ditangkap macam nampak kasar. Menurut Atiff, sampai berdarah mulut anjing tu dibuatnya.

Video yang dimuat naik melalui Twitter itu, dilihat anjing tersebut diikat sebelum dicampak ke dalam lori, dalam video selanjutnya anjing itu menggelupur saat leher dia di ‘tahan’ menggunakan kayu.

Dikatakan, anjing itu agak jinak, ada video-video dia ni.

Budak taman ni suka kacau dia semua last last kena kejar”

Difahamkan punca anjing ini ditangkap kerana ada orang buat laporan yang haiwan ini telah menganggu ketenteraman tetangga.

Tapi menurut Atiff anjing ni jenis tak kacau orang, tapi budak-budak di taman perumahan tu yang suka kacau sampai buatkan mereka kena kejar. Tu yang kena report terus tu.

Tambah Atiff lagi, dia tak marah pun kalau pihak berkuasa tu nak tangkap anjing tersebut, tapi dia kesal kerana cara penangkapan tu agak kasar sampai berdarah anjing tu.

Memandangkan video tersebut raih lebih daripada 5,000 jumlah perkongsian di Twitter, adapihak yang baik hati nak tolong.

“Ada org dm aku kata dia boleh tolong lepaskan anjing tu dri mpk pastu cari org nak adopt tolong la boleh tolong la”

 

Orang yang buat report tu lagi anjing daripada anjing – Netizen

Ada juga netizen yang mempertikaikan pemuda ni, kerana dia sebagai ‘tuan’ boleh pujuk secara baik, tapi rata-rata kesian, marah dan bersimpati bila melihat keadaan anjing tersebut dan tindakan penduduk setempat yang dianggap tak berhati perut.

Anjing7 1 Anjing8 Anjing9 Anjing10

Tak apa lah, ada harapan yang boleh diselamatkan, mungkin anjing yang di tangkap itu disimpan, dirawat  dan kini berada di tempat yang selamat. 

 

Baca : “Sebab dia dah tak comel lagi” – Alasan Tuan Biarkan Anjing Peliharaan Dikurung Dalam Bilik Gelap & Kotor

Comel