Kata orang tua, anak perempuan biasanya lebih rapat dengan bapa, anak lelaki pula rapat dengan ibu. Betul ke korang?
Tapi bagi admin, mungkin ada benarnya. Yelah kalau korang perhatikan gelagat artis versatil, Alif Satar dan anak-anak perempuan dia, memang korang akan setuju dengan kenyataan tu.
Terbaharu, Alif sanggup menjadikan wajahnya sebagai kanvas bagi membolehkan anak-anak perempuannya berkarya.
Perkara itu dikongsi Alif menerusi sebuah video di laman Instagram dimana gelagatnya dirakam bersama dua anak perempuannya.
Rata-rata netizen menyifatkan Alif merupakan bapa yang penyayang kerana sanggup melayan permintaan anaknya untuk disolek.
Selain itu beberapa rakan artis turut bergurau untuk mendapatkan khidmat solekan anaknya dan sanggup membayar khidmat dua kanak-kanak perempuan itu. Comel kan diorang ni..Hiks!