in

Wow! “Drive-In Cenima” Diluluskan Kerajaan, Tapi Perlu Patuh Kepada SOP Disediakan.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti ada diantara korang yang berangan untuk menonton wayang tanpa keluar dari kereta kan? Lebih privasi, kerusi tak ditendang, dan dapat menikmati masa-masa bersama tanpa diganggu orang lain. Yang dah kawin je tau!


Angan-angan itu hampir menjadi realiti apabila kerajaan hari ini bersetuju membenarkan permohonan aktiviti pawagam pandu masuk tertakluk pada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Menurut Sinar, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, SOP yang perlu dipatuhi antaranya pengunjung mesti berada di dalam kenderaan masing-masing, penjualan makanan dibuat secara dalam talian dan mengambil makanan secara pandu lalu.

“Petugas RELA (Jabatan Sukarelawan Malaysia) juga perlu ditempatkan untuk mengawal pergerakan pengunjung”

Dalam pada itu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memperincikan SOP berkaitan aktiviti ini bagi rujukan semua operator yang terlibat, lapor Sinar.

Yeay! Dah boleh tengok wayang dalam kereta je..

Baca: Tonton Wayang Dari Kereta, ‘Drive-In Cinema Pertama Di Malaysia Bakal Dilancarkan

Sumber: Google

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.