in

Tonton Wayang Dari Kereta, ‘Drive-In Cinema’ Pertama Di Malaysia Bakal Dilancarkan

X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika sebelum ini berita berkenaan drive-in cinema yang bakal dilancarkan di Jakarta buat kita sedikit cemburu dengan negara jiran, kini Malaysia pun ada!


Tonton Wayang Daripada Kereta, Jakarta Bakal Lancar ‘Drive-In Cinema’ Jun Ini

Apa itu drive-in cinema?

Rasanya daripada gambar sahaja anda sudah boleh teka, drive-in cinema adalah wayang yang dilakukan di tempat terbuka seperti kawasan tempat letak kereta yang luas.

Image

Para penonton akan melihat skrin wayang dari dalam kereta masing-masing, best kan?

Berita pelancaran drive-in cinema di Malaysia ini diumumkan sendiri oleh akaun rasminya, @mjuction2020.

Diuruskan oleh TwoSpicy Entertainment Live dan MD Events Asia, lokasi dan tarikh pelancaran drive-in cinema ini masih belum lagi diumumkan oleh pihak penganjur.

Dalam keadaan Malaysia yang masih berjaga-jaga dengan penularan wabak Covid-19, idea ini dilihat begitu bernas dan sesuai buat mereka kaki wayang. Tak sabarnya!

 

BACA: Tonton Wayang Daripada Kereta, Jakarta Bakal Lancar ‘Drive-In Cinema’ Jun Ini

Untitled 1

Sumber: Time Out

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.