in

Wartawan Kongsikan Detik Sebak Yang Membuatkan Bella Astillah Menitiskan Air Mata Ketika Di Dalam Mahkamah

Bellaalif3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas menempuh ombak badai dan onak duri dalam pergolakan rumahtangga, Aliff Aziz akhirnya melafazkan talak kepada Bella Astillah di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur semalam.

Menurut Harian Metro, Aliff lafazkan talak satu pada 3.45 petang di hadapan Hakim Syarie Izzat Syazli Murshid selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Bella Astilla.


Suasana di mahkamah berubah menjadi hiba apabila mereka bersua dan bermaafan. Lebih menyedihkan lagi apabila wartawan Baiti kongsikan detik-detik sebak disaat mereka diisytiharkan bercerai di dalam mahkamah.

 

Kuat dan berani, satu-satunya masa yang membuatkan dia menangis…

Bellaalif

Biarpun ramai yang mengecam Aliff atas kecurangannya yang dikatakan tak serik-serik, Bella juga di kritik dianggap bodoh kerana terlalu percayakan Aliff.

Namun, selepas penularan gambar Aliff separuh bogel berpelukan dengan gadis 17 tahun, Bella akhirnya telah memberikan kata putus bahawa dia akan meneruskan kehidupannya tanpa Aliff (bercerai).

“Ramai orang panggil dia(Bella) ni bodoh kerana masih kekal hidup bersamanya(Aliff) tapi hari ini saya nampak kekuatan dan keberanian daripada wanita kental ini”

Konflik semakin hangat apabila tersebar pula gambar Aliff bersama seorang janda anak satu. Umumnya kita tahu ini bukan kali pertama kes kecurangan Aliff kan?

Berbalik pada kes penceraian mereka, menurut wartawan ini sepanjang proses penceraian Bella tidak menitiskan airmata apabila:

“Satu-satunya masa yang dia menangis apabila hakim tanya dia sebab kenapa dia memfailkan cerai. Mula-mula dia menjawab “tiada persefahaman” tapi bila ditanya balik, dia jawab “suami selalu curang”.

Allahu! Jawapan kali kedua tu memang dah nampak yang Bella ni macam dah betul-betul tawar hati. Rata-rata netizen sebak dan memuji kekuatan Bella.

 

Too much pain in her face – Netizen

Cerai Cerai2 Cerai3 Cerai4 Cerai5

Haihh! Betul kata sorang netizen tu penceraian bukan jalan penyelesaian, melainkan kalau tak boleh dibendung lagi dah. Salute dengan Bella

 

Baca : [TERKINI] Aliff Aziz & Bella Astillah Sah Cerai Talak Satu!

Alifcerai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.