in

Warga Emas Diperdaya Anak Kandung, Tukar Hak Milik Aset RM4 Juta Ketika Sakit

Atok Kesian 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Si tanggang moden! Itulah gelaran yang tepat untuk ketujuh-tujuh anak warga emas ini yang sanggup mengambil aset bapa mereka sebelum menyisihkannya pada ketika dia memerlukan perhatian dan jagaan.


Hati bapa mana yang tak luluh diperlakukan seperti anjing kurap oleh anak-anak sendiri selepas telah disayangi dan dijaga selama bertahun-tahun sejak kecil. Sampai hati mereka memperlakukan bapa sendiri sebegini rupa.

Menurut Astro Awani, Daut @ Md Kassim Jali, 83, telah diperdaya dan dianiaya oleh anak-anak sendiri bagi mendapatkan asetnya yang bernilai lebih RM4 juta.

Atok2
sumber: astro awani

Sebelum hartanya diambil, Daut memiliki perniagaan tiga buah stesen minyak, ladang ternakan ayam seluas 10 ekar dan dua buah ladang tanaman sawit. Dia akui telah memberi kepercayaan kepada anak-anaknya untuk mengusahakan perniagaan itu bagi meneruskan legasi yang telah diusahakannya sejak tahun 70-an. Yelah, siapa tak percaya anak kan.

Atok3
sumber: kosmo

Namun, pada tahun 2013, Daut telah diserang angin ahmar. Ketika dalam keadaan sakit dan tidak mampu berfikir dengan waras, salah seorang anaknya telah memperdayanya untuk menukar segala hak milik pegangan saham sebuah syarikat ladang ternakan ayam daging kepada nama anaknya itu.

Tak cukup dengan itu, sebuah rumah di Cheras, deposit overdraf perniagaan stesen minyak serta akaun simpanan semasa syarikat yang kesemuanya bernilai RM1.5 juta telah beralih tangan. Tamak betul!

“Saya tidak mahu mempersoalkan terhadap apa yang telah diberikan kepada anak-anak, cuma melahirkan perasaan kecewa, macam ini balasan mereka kepada saya.”

Atok1
sumber: utusan

Bukan itu sahaja, Daut turut dipinggir oleh anak-anaknya dan terpaksa menyara kehidupan dan rawatan kesihatan sendiri dengan apa yang ada tanpa pertolongan anak-anaknya.

“Saya kesal kerana anak-anak meminggirkan saya. Nafkah sara hidup saya pun mereka tak beri, bagaimana saya hendak menyara kehidupan sedangkan saya amat memerlukan kos untuk rawatan kesihatan saya kini.”

Pernah satu ketika anak perempuannya yang menguruskan stesen minyak miliknya mengherdik dan menghalaunya semasa Daut meminta minyak percuma ketika kehabisan minyak kereta. Perangai jenis apa ni?!

Menurut Utusan, kini Daut dilaporkan menumpang kasih dengan isteri kedua beserta anak-anak tirinya yang jauh lebih bertanggungjawab dalam menjaganya yang sudah uzur berbanding anak-anak kandungnya hasil perkahwinan dengan isteri pertama.

Atok5
sumber: mstar

Pengarah Pembela BN Negeri, Amir Hamzah Aziz berkata isu ini pernah dibawa ke mahkamah pada tahun 2014 dan telah diputuskan supaya hak tanah perusahaan reban ayam seluas 10 ekar diberikan kepada Daut. Namun, anak-anaknya telah merampas semula satu-satu sumber pendapatan hariannya.

Difahamkan kini Daut menuntut nafkah sara hidup sebanyak RM20,000 daripada anak-anaknya serta hasil perniagaan ladang ayam yang dikira daripada jumlah anak ayam yang masuk reban, hasil pendapatan kelapa sawit (RM1,500) setiap kali tuaian serta setengah daripada hasil jualan rumah di Kuala Lumpur.

Tak baiklah buat macam tu dekat bapak sendiri. Sampai hati…

Baca: Anak Sanggup Kunci Ibu Di Luar Rumah Kerana Bergaduh Soal Wang

Atok4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.