Tak boleh nak imagine kegigihan wanita ini selepas dia ditinggalkan suami tanpa khabar berita sejak lima bulan lalu.
Lebih menyedihkan lagi, dia bukan sahaja perlu menyara 6 orang anaknya, malah terpaksa berhempas pulas bekerja bagi mencari duit untuk menampung kos bersalin anak ketujuhnya kira-kira dua bulan lagi.
Kisah ini dikongsikan adik iparnya @thebulanist di twitter sehingga menjadi viral, sehingga meraih lebih 25k retweets dan 12k likes.
Nak menangis tengok dia giveup ? kakak ipar saya, ibu tunggal kepada 6 orang anak, satu masih dalam kandungan, berpenat lelah dia cari duit sebab lagi dua bulan nak bersalin dah ?? Tolong rt sahaja untuk warga sekitar Rawang dapat tengok tweet ni ? Terima kasih ❤ pic.twitter.com/cjvEKx0Lpp
— Manies™ (@ManiesOfficial) July 4, 2020
Wanita itu, Nurul Shahzamul Hidayah Mohd Sham juga melakukan pelbagai cara bagi mencari rezeki antaranya menjual nasi lemak dan kuih secara kecil-kecilan dan terbaharu berniaga jagung manis, lapor mStar.
“Saya berniaga start PKP lagi. Masa bulan puasa saya jual kuih muih untuk juadah berbuka. ALhamdulillah dapat kumpul duit anak-anak beraya”
“Dengan anak seramai enam orang dan kandungan dah masuk tujuh bulan, saya cuba jual jagung namun jual jagung ada pasang surutnya”
Katanya untung menjual jagung hanya cukup makan sahaja, malah adakalanya dia berdepan kerugian kerana jagung tak habis. Kebiasaannya jika jagung tak habis, dia akan sedekahkan kepada jiran-jiran kerana jagung boleh tahan selama 2 hari sahaja.
Mesti ramai tertanya-tanya dimana suami wanita ini, ini jawab Nurul…
Suami dari Februari tak balik. Saya pun tak tahu dia ke mana. Saya ada cuba hubungi tapi tak dapat, cari pun dah tapi tak dapat dihubungi.”
“Kadang tu memang nak give up tapi demi anak-anak saya cuba terus kuat. Anak-anak ramai, siapa yang akan cari sumber rezeki kalau bukan saya.”
Katanya apa yang dirisaukan kini adalah tempoh bersalin nanti, jadi sekarang dia kena bekerja keras siapkan duit simpanan untuk bersalin dan berpantang.
Pada masa sama Nurul masih mengharapkan suaminya kembali ke pangkuan keluarga seperti dulu.
Korang yang nak support perniagaan Nurul bolehlah beli jagungnya di hadapan Shell pekan Rawang setiap hari pukul 11 pagi, manakala nasi lemak depan Maybank dekat Giant pekan Rawang setiap pukul 7 pagi.
Baca : Pesakit makan marmot- Terbaru! China Kesan Wabak Bubonik, Mampu Membunuh Dalam Tempoh 24 Jam