Zaman sekarang ini, terlalu banyak produk-produk makanan segera, menu-menu dan cabaran-cabaran pedas yang menjadi satu trend sekarang.
Malah, masakan dan makanan pedas ini boleh dikatakan tak sah kalau tak ada untuk kebanyakan orang-orang kita ini.
Tabiat sebegitu jugalah yang turut ada pada pemuda @NaufalAntezem ini, disebabkan itu, dia kini mengalami kesan sampingan yang membuatkan serik untuk makan pedas.
Alami keradangan
Semuanya bermula apabila dia terkena pedih ulu hati dan tekak sentiasa rasa pahit, pedas, masam.
“Bila baring je, dapat rasa asid dalam perut tu, melonjak naik ke tekak without warning. Buang air besar pun tak puas. Sembelit, perut mencucuk cucuk sakitnya.”
Malah, badannya juga jadi makin lemah, rasa sejuk menggigil sewaktu tidur serta perut rasa bloated dan mengeras.
Menurutnya, dia dah biasa kena gastrik tetapi apa yang dirasakan pada waktu itu berlainan daripada apa yang dia alami sebelum ini sampai membuatkan fikirannya melilau semasa kena serangan tersebut.
Aku punya rasa risau dan takut mati tu, sampaikan aku tidur dengan parents aku almost everynl night sebab aku risau kalau aku nazak nanti, parents aku tak sempat tengok. Sampai macam tu sekali tahap risau, resah gelisah, overthinking waktu tu.
— Nopal (@NaufalAntezem) November 12, 2021
Disebabkan itu dia membuat pemeriksaan dan mendapatkan rawatan doktor dan disahkan alami Gerd, (salah satu simptom gastrik). Walaubagaimanapun keadaannya masih terkawal tetapi mengalami keradangan di dalam perutnya.
Setelah disoal doktor, barulah pemuda ini tahu puncanya, seperti yang dikatakan tadi, tabiatnya memakan makanan pedas adalah penyumbang utama.
Pukul 3-4 pagi pun aku rilek goreng nasik. Habis makan, terus baring. Air karbonat dah macam air masak. Sayur, buah memang aku tak makan dari kecik. Oh yes, aku senang sembelit. So memang almost everyday aku makan pil laxative nak bagi senang berak. Kalau tak mkn, aku x berak.
— Nopal (@NaufalAntezem) November 12, 2021
Lidah kau boleh tahan pedas tak bermaksud perut kau boleh. Kau kena ingat yg gerd ni kat perut, bukan kat lidah.”
Pemuda ini turut kongsikan bagaimana rasa pedih gerd ini semasa kita sedang tidur dan bagi yang tak tahu Gerd ini boleh memudaratkan kehidupan seseorang.
Bayangkan asid perut kau melonjak naik ke tekak. Pedih nakharam ! Dahlah masam, pahit, pedih lagi.
Pedas bukan flavour tau. Pedas adalah kesakitan. Bila makan pedas mula dari lidah, mmglah boleh tahan pedas tu sebab kita get ready. Bayangkan dari perut dia dtg, menggelupur.
— Nopal (@NaufalAntezem) November 12, 2021
Selain kuat makan pedas, ada juga beberapa aspek yang membuatkan dirinya diserang Gerd iaitu selalu skip waktu makan.
Bagi aku, yg tak bestnya gerd ni bila anxiety datang seiring. Dari perut, kalau kau tak bernasib baik, dia trigger anxiety kaw kaw. Kita bukan cakap resah gelisah biasa-biasa tau. Ini sampai tahap kau setiap saat fikir kau dah nak mati. Memang seksa weh. Percayalah cakap aku.
— Nopal (@NaufalAntezem) November 12, 2021
Disebabkan tabiat itu, pemuda ini sekarang dah tak boleh makan pedas, malah makan juga kena berpantang.
Oleh itu, pemuda ini turut menasihati orang ramai supaya berpada-pada jika ingin makan makanan pedas, mungkin kesannya tidak dirasai sekarang, tetapi pada masa akan datang.
Perkongsian ini telah meraih lebih daripada 1,500 jumlah retweets dalam masa 7 jam ia dikongsikan dan rata-rata netizen tersentak bila baca perkongsiannya serta ada yang dah alami perkara yang sama seperti pemuda ini.
Baca : Makan Pedas Tak Elok Untuk Kesihatan, Doktor Dedah Trend Ini Boleh Rosakkan Sistem Penghadaman