in

Wanita Mohon Maaf Selepas Paksa Suami Lafaz Cerai Kerana Kantoi Bersetubuh Dengan Wanita Lain

Bg 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Wanita Mohon Maaf Selepas Paksa Suami Lafaz Cerai Kerana Kantoi Bersetubuh Dengan Wanita Lain
Loading
/

Sudah pasti setiap rumah tangga mempunyai asam garam tersendiri dan pergaduhan memang tidak dapat dielakkan. Setiap perselisihan faham atau pertengkaran yang berlaku perlu diselesaikan dengan baik supaya dapat mencapai pendamaian.


Akhir bulan lepas, seorang wanita telah meluahkan kisah sedihnya di Facebook dan berkongsi saat dia berhadapan dengan suami yang berlaku curang.

3 12
sumber : facebook

Dikatakan, Nurain Abdullah telah menangkap suaminya sedang bersetubuh dengan perempuan lain di dalam kereta Alza di Johor Bahru pada 27 Jun 2017. Ya, Allah bertaubatlah…

Mereka kemudian keluar dari kereta dan Nurain terus mengeluarkan telefon bimbit untuk merakamkan apa yang sedang berlaku.

Sumber : Facebook

Melalui video tersebut, bekas suaminya dikatakan mempertahankan perempuan simpanannya itu. Bukan itu saja, suaminya juga telah memberikan wang sebanyak RM700 kepada wanita tersebut.

4 6
sumber : facebook

Rupa-rupanya ini bukan kali pertama lelaki itu pernah menduakannya. Selama 10 tahun mereka berkahwin, sudah lapan kali dia ditangkap berlaku curang dengan perempuan yang berbeza. Mata keranjang betul!

Oleh kerana sakit hati, dia terus meminta suaminya untuk lafazkan cerai saat itu juga di hadapan perempuan tersebut.

“Cakap saja, tak payah nak berkias-kias. Tak apa, Donna dah terima semua okay? Donna rela jadi janda, yang penting bukan Donna yang buat salah, tak apa.”

Kemudian, lelaki tersebut turut saja dengan permintaannya dan menceraikan isterinya dengan talak satu. Namun, Nurain masih tetap tidak berpuas hati dengan lafaznya itu.

Kenapa talak satu? Kenapa tak talak tiga terus?”

Itu merupakan ayat terakhir yang keluar dari mulut wanita itu sebelum dia beredar dan menghentikan rakaman tersebut.

Namun, baru-baru ini Nurain telah pun memuat naik status mengatakan dia mahu minta maaf atas perbuatannya memuat naik video tersebut.

5 8
sumber : facebook

Disini saya mintak maaf yang sebesar-bersarnya kerana telah memilih jalan yang salah. Saya telah membuka aib bekas suami saya dan saya sendiri.”

Dia juga telah mempertahankan suaminya meskipun telah menduakannya.

Walaupun saya dan bekas suami telah bercerai, dia tidak lupa tanggungjawabnya untuk memberi nafkah anak-anak bahkan saya pun masih diberi nafkah”

Difahamkan, Nurain telah datang dari Indonesia dan berpindah ke Malaysia semata-mata kerana bekas suaminya itu.

19942729 158002668078415 3202122467431784739 O
sumber : facebook

Malah, sebelum berkahwin dia merupakan seorang penganut kristian dan keputusannya untuk bernikah dengan lelaki tersebut tidak dipersetujui keluarganya.

Namun, dia berkeras mahu berkahwin dengan duda tersebut yang sudah pun mempunyai dua orang anak berumur 4 dan 5 tahun pada ketika itu. Selepas 10 tahun berkahwin, mereka dikurniakan pula 3 orang anak. Dah ramai anak pun buat perangai lagi.

19958918 158002618078420 3771105365147857739 N
sumber : facebook

Kini, mereka telah pun berpisah dan menjalani kehidupan masing-masing mengikuti haluan yang berbeza.

Semoga wanita itu tabah dengan dugaan ini.

Baca : Lelaki Tolak Isteri Selepas Kantoi Curang Keluar Dengan Wanita Lain di IOI City Mall

2 9 E1499916061233

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.