in

Wanita Mengaku Masih Hidup Lepas 11 Kali Minum Peluntur

Minum Clorox

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu lalu, viral lepas tersebarnya video menunjukkan seorang makcik meminum peluntur Clorox bersama secawan kopi yang dikatakan anti-racun dan anti-kanser. Selepas minum kopi tersebut, wanita tu dilaporkan alami alahan dan hampir hilang nyawa akibat tindakan ‘bodoh’ tersebut.


Walau bagaimanapun, penjual produk kosmetik dan kesihatan tiba-tiba tampil mengatakan dia sudah minum 11 kali kopi yang dicampurkan dengan Clorox tanpa mendapat kesan buruk, lapor Sinar Harian.

39121885 509355789517030 2563914906696941568 N
sumber: facebook

Menerusi akaun Facebook Liza Kosmetik, Rusliza Abd Ghani berkata dia bukan saja menjual kopi tu tapi turut mengamalkannya sendiri.

“Saya sudah 11 kali minum kopi campur peluntur, tiada apa-apa kesan sampingan kerana kopi berkenaan mampu meneutralkan bahan peluntur termasuk racun atau bisa binatang.

“Saya terkejut bila berlaku kes di mana wanita berkenaan memberitahu hampir hilang nyawa selepas minum kopi campur peluntur itu sedangkan orang lain tidak pernah ada sebarang masalah.

“Malah, sejak berita mengenai dakwaan itu tular, Facebook saya juga turut diserang ‘keyboard warriors’ dan mengecam saya,” jelas Rusliza.

Kopu
sumber: facebook

Malah Rusliza jugak memberitahu, dia cuma penuhi permintaan rakan je untuk turut serta dalam majlis demonstrasi minum kopi bersama peluntur tu.

Dalam pada tu, pihak HQ produk berkenaan jugak ada menjelaskan khabar angin yang mengatakan kopi itu sebenarnya mempunyai campuran peluntur. Menurut pihak pengurusan produk, peluntur hanya dicampurkan bila agen melakukan demonstrasi untuk menunjukkan kopi ni mampu neutralkan racun. Bukannya kopi tu mengandungi peluntur Clorox di dalamnya. Gituuu! 

Clorox Kopi
sumber: facebook

Sama ada betul atau tak produk ni berkesan, lebih baik kita ambil langkah berjaga-jaga dan jangan cuba produk yang kita tak tahu apa kesannya kepada badan. Sayangi buah pinggang anda!

Baca: [VIDEO] Kesian Makcik Ni Kena Pedajal Minum Kopi Dengan Clorox

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.