in

[VIDEO] Kesian Makcik Ni Kena Pedajal Minum Kopi Dengan Clorox

Page

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
[VIDEO] Kesian Makcik Ni Kena Pedajal Minum Kopi Dengan Clorox
Loading
/

Makin lama makin pelik!


Macam-macam cara orang zaman sekarang ni nak berniaga dan mempromosikan keberkesanan produk masing-masing. Demi nak tarik perhatian pelanggan, pelbagai strategi pemasaran yang kreatif digunakan.

Tapi kadang-kadang ada jugak yang guna marketing strategy mengarut dan sampai boleh membahayakan nyawa. Contohnya macam seorang peniaga yang dikongsikan di Facebook ni. Dalam entri tersebut, individu tu berkongsi satu video menunjukkan seorang makcik sedang meneguk minuman berbahaya.

Q1 1
sumber: facebook

Customer sporting cuba minum kopi ni bersama dengan Clorox. Wow, hebat!”

Rupa-rupanya makcik tu dikatakan sedang minum kopi yang dijual tapi dicampurkan bersama dengan peluntur Clorox! Lebih dahsyat lagi kopi tu didakwa sejenis kopi anti-racun dan anti-kanser. Biar betul!

Cl1 1
sumber: facebook

Bila tengok video yang dimuat naik, ramai terkejut dan mengutuk perbuatan bodoh penjual tersebut yang macam tak fikirkan langsung keselamatan makcik berkenaan. Seorang netizen menerangkan yang perut kita bersifat acidic dan Clorox tu juga bersifat acidic.

Jadi apa yang dibuat tu memang bahaya. Ada juga yang cakap penjual tu sepatutnya minum kopi dan Clorox tu sendiri daripada membahayakan keselamatan orang lain.

Kutuk
sumber: facebook

Rata-rata kasihan dengan nasib makcik berkenaan dan tertanya-tanya dia masih hidup ke tak lepas minum peluntur tu. Ramai minta makcik ni pergi buat pemeriksaan kat hospital dan mendoakan supaya kesihatannya masih elok.

Dorang jugak bersimpati sebab makcik ni dah kena manipulate dengan penjual demi kepentingan perniagaan dia.

Hidup
sumber: facebook

Ish teruknya! Kalau ye pun nak meniaga, seeloknya jangan lah sampai membahayakan nyawa orang lain!

Tengok makcik tu minum kopi dengan Clorox kat sini:

Sumber: Facebook

Baca: [VIDEO] Pelajar Perempuan Tingkatan 3 Selamba Minum Air Ketum Dekat Tempat Awam

Dalnascc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.