Anda pasti bersetuju bahawa majoriti rakyat Malaysia begitu obses dengan telefon pintar mereka sehinggakan waktu hendak makan, tidur dan berjalan pun mereka akan tatap telefon tersebut dan tidak mengendahkan keadaan sekeliling. Betul kan?
Gara-gara terlampau khusyuk menatap telefon pintar, seorang wanita warga Vietnam maut akibat terjatuh sewaktu sedang duduk di tempat pemegang besi pada jejantas stesen monorel di ibu kota, Ahad lalu, lapor Astro Awani.
Menurut perkongsian di Facebook, kejadian yang berlaku pada jam 1.22 petang itu terjadi kerana wanita tersebut dipercayai sedang leka bermain telefon pintarnya sehingga jatuh tergelincir di jejantas stesen monorel yang berhadapan dengan pusat beli belah Berjaya Times Square.
Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman memaklumkan bahawa wanita terbabit berusia dalam lingkungan 20-an dan dia dipercayai tergelincir dari tingkat tiga stesen monorel berkenaan.
Pihak polis juga mendapati bahawa wanita itu telah memasuki Malaysia pada 10 September lalu dan telah mengklasifasikan kes ini sebagai kes mati mengejut.
Pesanan kepada semua di luar sana, kalau hendak berjalan tu, pandang depan. Jangan leka main phone je. Nanti tak pasal-pasal nyawa melayang macam wanita ni.
Baca: Remaja Maut Terjatuh Dari Tingkat 16 Hotel Selepas Tergelincir Ketika Cuba Selfie di Parkir