in

Wanita Kongsi Kisah Dicerai Talak Tiga Ketika Usia Kandungan 10 Minggu

Lol

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gambar hiasan


Sudah semestinya bagi mana-mana wanita yang sedang mengandung, mereka mahukan perhatian dan kasih sayang yang lebih daripada suami mereka. Sesetengah lelaki menganggapnya seperti mengada-ngada, tetapi mereka tidak tahu bahawa itu sebenarnya adalah simptom-simptom bagi ibu yang sedang mengandung.

Berbeza dengan wanita ini, apabila dia berkongsikan pengalamannya yang diceraikan suami ketika usia kandungannya yang baru mencecah 10 minggu. Menyedihkan lagi, dia diceraikan dengan talak tiga.

Menurut perkongsian di Kisah Rumah Tangga, niatnya berkongsi kisah ini bukanlah untuk membuka aib sesiapa. Niatnya hanya untuk meluahkan apa yang terpendam selama ini.

Krt 1
gambar hiasan

“Saya baru berkahwin tahun ini, dan bercerai juga pada tahun ini. Alasan suami tinggalkan saya sangat-sangatlah tidak munasabah”

Katanya, dia diceraikan pada tahun yang sama dia bernikah. Alasan suami meninggalkannya adalah kerana sikapnya yang panas baran serta tidak pandai menjaga suami.

“Okay bab panas baran tu.. Malam sebelum dia ceraikan saya, saya ada tegur dia sikit. Salahkah saat saya ada tumpah darah, dia boleh enjoy dengan family dia buat bbq dan tak balik rumah”

“Saya sendirian di rumah menahan sakit.. Salahkah saya marah.. Kategori panas baran ke macam itu?”

Krt 2
gambar hiasan

Tambahnya yang kini kandungan sudah mencecah 32 minggu, sewaktu awal kehamilannya, dia mengalami alahan yang sangat teruk. Setiap hari muntah-muntah akibat daripada morning sickness. Tetapi kebajikan suaminya masih dijaga dengan baik. Makan dan pakainya semua diatur seperti selalu, walaupun dia alah dengan bau masakan, tetapi ditahannya juga demi suaminya itu.

“Masa dalam proses cerai, bekas suami saya kantoi tengok wayang bersama perempuan lain. Allah nak tunjuk kuasa dia. Mereka satu panggung dengan kakak ipar saya sendiri..”

“Sekali lagi Allah nak tunjuk, dia bersama perempuan yang sama terserempak dengan kawan saya di shopping mall. Saya masih berat hati lagi untuk percaya..”

“Dan alhamdulillah, dengan mata kepala saya sendiri, saya melihat dia bersama perempuan di atas motor berpelukan selisih dengan saya di jalan..”

Krt 4
gambar hiasan

Dek kerana terlalu tekan, pernah wanita ini berniat untuk membunuh diri. Tetapi dia masih fikirkan tentang zuriat yang dikandungnya. Kerana itulah dia bangun dan masih kuat hingga sekarang.

Bagai jatuh ditimpa tangga, keluarga bekas suaminya turut tidak mengendahkannya. Pernah sebelum ini, dia ditahan wad atas masalah bayi di dalam perut ketika itu, tiada seorang pun dari keluarga bekas suami mahupun bekas suaminya itu sendiri yang datang menjenguknya. Apabila mesej mereka, hanya bluetick yang diberikan.

“Selepas dia tinggalkan saya, bekas-bekas kekasih dia ada mesej saya dan meminta hutang bekas suami. Allah maha mengasihani, dia selamatkan saya dari lelaki dayus”

“Bekas suami banyak hutang tanpa pengetahuan saya. Dia juga ada hutang lintah darat, dia seorang kaki pukul dan kaki perempuan”

Tambahnya, kini dia amat bersyukur kerana hanya dijodohkan selama 3 bulan sahaja dan dilepaskan dengan talak tiga.

Krt

Benar, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya kan 🙂

Baca: Inilah Penderitaan Mental Terhadap Wanita yang Masih Ramai Tidak Sedari

Depress Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.