in

Wanita Kongsi Bahaya Guna Contact Lens Selama 10 Tahun Lepas Matanya ‘Jatuh’ Hingga Dia Terpaksa Dibedah

Collage 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain memudahkan, pemakaian contact lens juga sekarang digunakan sebagai pelengkap untuk bergaya, terutamanya bagi wanita.


Tapi, korang mungkin perlu berhati-hati sebab ada keburukannya juga pakai contact lens ni. Sebab, kalau korang pakai kerap sangat, dia boleh rosakkan mata. Betul ke ni?

Seorang wanita Camillia Lim telah kongsikan penderitaannya selepas terlalu kerap menggunakan contact lens di IG storynya.

Image From Ios

Berkongsi dengan WORLD OF BUZZ, Camilla berkata dia dah pakai contact lens ni setiap hari selama hampir 10 tahun.

Menurut wanita ini, dia tak pernah perasan yang dia ada masalah mata, sampailah salah seorang dari kawan dia tegur yang mata dia tak sama saiz. Lepas dari tu, barulah dia sedar yang mata kanan dia nampak pelik dan lain dari mata kiri.

Camilla berkata, ramai orang tak perasan yang mata dia tak sama sebab dia selalu buat make up smokey eye dan pakai bulu mata palsu.

Image From Ios 1 Image From Ios 2

Kalau korang nak tahu, benda ni jadi sebab otot yang bertanggungjawab untuk ‘angkat’ kelopak mata dia dah rosak gara-gara selalu sangat pakai contact lens. Lebih teruk lagi, dia perlu bayar hampir RM3,000 untuk bedah mata kanannya itu.

Keadaan yang dialami oleh wanita ini dipanggil ptosis, iaitu penyakit kelopak mata atas ‘jatuh’. So, Camilla ambil kesempatan untuk beri nasihat pada orang ramai untuk periksa mata sebelum penyakit ptosis ni jadi lagi teruk.

Image From Ios 3

Benda ni boleh berlaku sebab kita selalu buka mata untuk pasang contact lens atau contact lens bergesel dengan otot dalam kelopak mata.” Scarynyaaa

Okay lepas ni siapa yang suka pakai contact lens ni bolehlah careful ya. Jangan benda ni jadi kat korang pulak nanti.

 

Baca: “Mata pedih, kabur dan berair…” – Mata Gadis ‘Rosak’ Selepas Pakai Contact Lens Ini

Screenshot 2019 07 08 At 4.45.42 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.