in

Wanita Keguguran Menyamar Jadi Nurse Untuk Curi Bayi Ibu Lain Ketika Sedang Tidur

Nurse

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Cubaan seorang wanita cuba mencuri bayi baru lahir daripada seorang ibu ketika tidur terbongkar apabila dirinya selamanya ini memalsukan kandungannya.


Suspek yang dikenali sebagai Li dari Wilayah Guizhou, China menjelaskan bahawa dia telah mengalami keguguran tetap meneruskan lakonannya seperti dia sedang mengandung.

 

Takut kena tinggal pasangan kalau dapat tahu dia keguguran

Ketika dibicarakan, Li menjelaskan bahawa kekasihnya mungkin akan tinggalkannya jika tahu dia mengalami keguguran.

Jadi, ia mendorong Li untuk membuat keputusan untuk memalsukan kandungan sehingga merancang untuk mencuri bayi apabila due date dah dekat. Lapor Mirror Online.

Mahkamah mendapati Li bersalah atas tuduhan menculik dan dijatuhkan hukuman penjara selama satu tahun dan 10 bulan.

Li ditangkap pada 10 Disember tahun lepas, 56 jam selepas dia cuba menyelinap masuk ke wad bersalin di Hospital Liangjiang dan curi bayi baru lahir.

Rakaman CCTV menunjukkan Li menyamar jadi jururawat dan membawa bayi dari pangkuan ibu, Chen Mingxin ketika sedang tidur.

Menurut sumber, dalam bilik itu terdapat 10 orang termasuk 3 orang ibu ketika penculikan itu berlaku.

1 Pay Asiawire Nursekidnapper 04
Chen

Kedudukan bilik sewanya itu hanya 300 kaki dari pintu masuk hospital. Ibu kepada bayi yang diculik menjelaskan dia terkejut melihat anaknya hilang pada waktu itu.

“Ibu yang duduk di sebelah katil saya menjelaskan bayi saya dibawa oleh seorang nurse, saya pelik kenapa dia tak beritahu saya, tapi wanita tersebut tak buat apa-apa kerana dia ingatkan itu memang nurse sebenar”

“Suspek sebenarnya nak ambil bayi dia, tapi tak berjaya sebab dia terbangun. Itu sebab lah dia ambil saya punya”

Kata Chen lagi, bilik persalinan untuk para jururawat tidak dikunci dan ia penuh dengan uniform, jadi orang awam pun senang nak masuk.

 

Baca : “Jangan dok mengajar petua bukan-bukan” – Jangan Bagi Bayi Minum Air Kanji Sebab Nak Jimat Susu Anak, Doktor Ini Jelaskan Kenapa

Kanji

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.