in

Wanita Ini Beli Barang Shopee Sekali Dapat Keratan Al-Quran Yang Dah Koyak & Keronyok Disumbat Dalam Bungkusan Produk

Featured 16

*Melampau!

Bayangkan korang beli barangan online, sekali dapat cebisan kertas ayat Al-Quran yang telah dikoyakkan disumbat-sumbat dalam bekas barang online tersebut, apa korang rasa?

Itulah situasi yang dihadapi seorang pengguna facebook Khairunnisa Md Nasir sewaktu barangan online yang dibeli di Shopee sampai kepadanya.

Terkejut dan terkedu seketika sewaktu dia membuka bungkusan tersebut dan menemui keratan-keratan kertas dari Al-Quran yang telah dikeronyokkan dan disumbat dalam bungkusan terbabit.

 

Biadap betul..Sengaja je ni

Beli barang kat shopee dpt sekali page ayt alquran yg dah koyak2 buat sumbat dlm kotak.Sesedap rasa je si wong ni….

Posted by Khairunnisa Md Nasir on Tuesday, March 26, 2019

Sebagai pembeli, dia merasakan penjual agak tidak beradab kerana melakukan perkara sedemikian lebih-lebih lagi tahu yang pembeli merupakan seorang yang beragama islam..Kalau betul lah, memang kurang ajar.

Apa yang mengejutkan bukan sahaja Al-Quran tersebut dikoyak-koyakkan malah turut dalam keadaan keronyok sebab disumbat dalam bungkusan produk.

54798285 10216443267145842 8616745255330381824 N
Sumber : facebook

55769880 10216443268945887 2928139708334604288 N

56252818 10216443269625904 2288115815167295488 N
Sumber : facebook

 

55446912 10216443270345922 2732855800312627200 N 1

Namun ramai yang berpendapat yang mungkin seller tidak mengetahui bahawa kertas yang koyak tersebut merupakan ayat Al-Quran.

Malah ada antara mereka ni siap mesej seller tu bagi mendapatkan kepastian dan jawapan seller tersebut pasti buat korang ternganga.

 

“We 100% not purposely doing that, in fact we do not know the Bahasa Jawi”

54729494 2506204272757297 1661612955789164544 N
Sumber : facebook

Tapi iyelah mungkin bila fikirkan balik, mungkin betul jugak apa yang seller tu cakap.

Tapi lepas ramai yang ‘back up’ seller tu, Khairunnisa pun tunjukkan something dalam ruangan komen pasal seller tersebut..Maka semua yang back up seller tadi pun tershut up, dan terus suruh buat report kat shopee.

 

We’re buying medicine not religion from you

53531841 10216444468775882 231290126397865984 N

Sebagai penjual kita perlu sepatutnya berlaku jujur kepada pembeli, bukannya ambil kesempatan atau apa-apa lah. Kang kena boikot, baru beria nak minta maaf!

Baca : Mamat ni ada figure Disney Princess Pelanggan Minta Gambar Dress, Online Seller Ini Pakai Sendiri Buat Netizen Kagum

Ww 1