Wanita Hamil Dibelasah Teman Lelaki Selepas Bertengkar Kerana Skandal di Aplikasi Line

Tambah ke Sumber Pilihan
Wanita Hamil Dibelasah Teman Lelaki Selepas Bertengkar Kerana Skandal di Aplikasi Line

Tergamak lelaki ini memukul wanita yang mengandungkan zuriatnya!

Seorang lelaki yang terkenal dalam kalangan orang-orang kaya di Thailand menjadi buruan polis selepas teman wanitanya membuat laporan polis kerana dibelasahnya.

Menurut Coconuts, Yodwadee Junsupong, 23, telah datang ke Balai Polis Sai Mai, Bangkok dalam keadaan berlumuran darah dan telefon serta tablet yang retak untuk membuat laporan polis selepas diserang teman lelakinya.

Belasah 1 1
Sumber: Facebook
Belasah 7 1
Sumber: Facebook

Yodwadee telah hadir ke balai polis itu bersama abangnya, Shane Rajatabhaiboon yang telah memuat naik status serta beberapa gambarnya di Facebook. Status yang menceritakan kejadian serta menunjukkan gambar kecederaan wanita itu kemudian menjadi tular di media sosial tempatan.

Menurut Shane, adiknya itu telah diserang lelaki yang telah menjalinkan hubungan bersamanya selama 7 bulan. Lebih teruk lagi, Yodwadee sedang hamil dua bulan dan lelaki tersebut merupakan bapa kepada bayi yang dikandungkannya itu.

“Dia mengandung dua bulan. Saya ingin tekankan bahawa dia mengandung. Orang yang memukulnya adalah bapa kepada anak yang masih belum dilahirkan itu. Saya beritahu dia (adiknya) untuk tinggalkannya dan mencari keadilan melalui prosedur undang-undang.”

Belasah 2 1
Sumber: Facebook

Ketika kejadian, Yodwadee mendapat tahu Chonlawit sedang berbalas mesej dengan seorang wanita di aplikasi Line. Mereka berdua kemudian bertengkar sebelum Chonlawit menggunakan kekasaran dan memukul teman wanitanya itu.

Meskipun tahu teman wanitanya itu sedang mengandungkan anaknya, Chonlawit tetap memukulnya tanpa belas kasihan dan menghentak telefon serta tablet milik Yodwadee.

Belasah 5 1
Sumber: Facebook
Belasah 6 1
Sumber: Facebook

Menurut ketua polis, Sathit Paokaew, lelaki itu terlebih dahulu telah menghubungi polis dan memberitahu pergaduhan itu adalah urusan di antara boyfriend dan girlfriend. Malah dia turut memberitahu bahawa dia telah cuba untuk memberikan bantuan kecemasan ke atas kecederaan dialami Yodwadee namun wanita itu tidak mengizinkannya berbuat sedemikian.

Selepas dua jam daripada serangan itu, Yodwadee terus membuat laporan polis kira-kira jam 1.30 pagi, Ahad ditemani abangnya sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Belasah 8 1
Sumber: Facebook
Belasah 4 1
Sumber: Facebook

Abang mangsa turut mendakwa bahawa Chonlawit mempunyai banyak rekod kesalahan sebelum ini. Chonlawit dilaporkan telah melanggar dua orang ketika memandu kereta Porsche putih miliknya pada April lalu. Pada tahun 2012, dia telah melanggar tiga orang semasa memandu Mini Cooper milik neneknya ketika usianya 17 tahun, walhal umur yang dibenarkan untuk memandu di Thailand adalah 18 tahun.

Porsche
Sumber: Khaosod

Bayi dalam kandungan wanita itu bagaimanapun disahkan selamat dan Yodwadee kini dalam proses pemulihan. Siasatan sedang dijalankan dan Chonlawit kini menjadi buruan pihak polis.

Semoga polis dapat tangkap lelaki itu dengan segera supaya dia bertanggungjawab di atas perbuatannya!

Baca: Lelaki Belasah Teman Wanita Hingga Maut Kerana Sangka Wanita Itu Curang

Pag

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Wanita Hamil Dibelasah Teman Lelaki Selepas Bertengkar Kerana Skandal di Aplikasi Line
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/wanita-hamil-dibelasah-teman-lelaki-selepas-bertengkar-kerana-skandal-di-aplikasi-line/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM