in

Wanita Dirakam Menipu Orang Ramai Dan Minta Wang di KL Sentral

Amoi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Wanita Dirakam Menipu Orang Ramai Dan Minta Wang di KL Sentral
Loading
/

Rakyat Malaysia memang pemurah kalau berkaitan menderma dan mungkin disebabkan itu jugalah makin ramai pengemis menjadikan lokasi yang padat sebagai tempat pilihan mereka.


Baru-baru ini, seorang netizen menjadi saksi seorang wanita pertengahan usia mengambil kesempatan di atas kebaikan rakyat Malaysia dengan meminta wang di KL Sentral. Melalui satu perkongsian di Facebook, netizen itu berkata,

“Wanita yang memakai blaus merah jambu ini selalu muncul di KL Sentral. Dia akan meminta wang dengan berkata dia tidak mempunyai duit untuk membeli tiket atau untuk menukar stesen.”

Makcik1
sumber: facebook
Makcik2
sumber: facebook
Makcik3
sumber: facebook

“Saya sudah bekerja di sini selama 10 hari dan saya nampak wanita ini setiap hari di KL Sentral.”

“Satu aduan telah dibuat kepada pihak polis dan mereka sudah sedia maklum bahawa wanita itu sering meminta wang di KL Sentral.”

“Ketika pihak polis mendekatinya, wanita itu akan berjalan ke arah bertentangan untuk mengelak.”

Beberapa video turut dimuat naik menunjukkan wanita berkenaan sedang ‘beraksi’.

Netizen yang membaca perkongsian itu rata-rata berkongsi kisah pengalaman yang lebih kurang sama. Malah ada yang berkata wanita itu turut mensasarkan pelajar sekolah!

Pengemis sebegini sememangnya membuatkan orang ramai memandang serong terhadap mereka yang benar-benar memerlukan bantuan dan derma. Harap harap pihak berkuasa bertindak membanteras gejala ini.

Baca: Lelaki Dedah Kisah Warga Emas Menipu dan Ambil Kesempatan Atas Perasaan Simpati Orang Ramai

Pengemis 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.