Viral TikToker Dedah Nail Polish Tak Boleh Tanggal Lepas Meninggal, Netizen Persoal Betul ke Mitos?

Tambah ke Sumber Pilihan
Viral TikToker Dedah Nail Polish Tak Boleh Tanggal Lepas Meninggal, Netizen Persoal Betul ke Mitos?

Mungkin tak semua orang tahu tapi segelintir dari kita mesti pernah dengar kisah tentang penggunaan pengilat kuku ataupun nail polish yang dikatakan tidak boleh ditanggalkan daripada kuku mereka yang sudah meninggal dunia.

Sejauh mana kebenaran mengenai kisah ini masih tidak diketahui sehingga kini namun perkara ini juga bukan saja jadi topik perbincangan oleh kita di sini, malah netizen di luar negara juga memperkatakan tentang hal yang sama.

Pexels Element Digital 973405Sumber: Gambar hiasan

Pengilat kuku tidak boleh tanggal walaupun guna pelbagai cara? 

Menerusi perkongsian TikTok gadis muslimah @marwaatik, dia berkongsi kisah daripada makciknya yang mengingatkan para wanita jikalau boleh untuk mengelakkan pemakaian nail polish.

Menurut makciknya itu, dia pernah menguruskan dan berhadapan dengan kesukaran untuk menanggalkan nail polish pada kuku si mati meskipun nail polish yang digunakan tersebut sejenis yang halal.

Tambahnya lagi, pada awalnya dia tidak percaya dengan situasi itu dan telah menawarkan bantuan untuk menanggalkan nail polish tersebut dengan menggunakan pelbagai alatan seperti acetone, pengikis kuku dan bermacam lagi.

Namun ternyata usaha itu tidak berhasil kerana menurutnya, chemical reaction yang sepatutnya berlaku semasa dalam proses penanggalan nail polish itu tidak terjadi ketika tubuh berubah menjadi mayat.

Lebih menyedihkan, dalam proses untuk menanggalkan pengilat kuku itu, kita pastinya akan menggerakkan tubuh si mati secara berlebihan yang mana dari sisi agama perkara tersebut akan ‘menyakitkan’ si mati.

“Tak betul. Boleh tanggalkan pada kuku mereka yang dah mati sama seperti kuku mereka yang hidup” 

TikTok tersebut telah mendapat pelbagai komen daripada netizen luar negara yang berpendapat kisah tersebut tidak betul malah ramai juga yang mengatakan sebenarnya pengilat kuku boleh ditanggalkan seperti biasa sama seperti ia dilakukan pada mereka yang masih hidup.

Pun begitu, ramai juga yang bersetuju dengan kata-kata Marwa dan berpendapat ada kebenaran di sebalik video tersebut. Perkara ini kemudian menimbulkan perbalahan di ruang komen.

Nail Polish Tak Boleh TanggalSumber: TikTok

“The point is ‘tidak menyakitkan si mati'” 

Isu ini kemudian viral di Twitter dan menjadi topik hangat bagi netizen di Malaysia. Ada yang berpendapat nail polish yang biasa mungkin boleh ditanggalkan menggunakan acetone tetapi ‘gel nail polish’ mengambil sedikit masa untuk ditanggalkan kerana ia perlu disental.

Oleh itu, ramai yang merasakan proses tersebut tidak sesuai dilakukan pada si mati dan sebaiknya kita haruslah mempermudahkan urusan mayat serta mereka yang menguruskan mayat tersebut.

Tak Menyakitkan Si Mati Nail Polish

Jika perkara tersebut bimbang mendatangkan kemudaratan di kemudian hari, lebih baik kita elakkan. Sebaiknya rujuklah kepada mereka yang bertauliah berkenaan isu ini.

So apa pendapat korang mengenai hal ni? Bagi admin apa-apapun terletak kepada diri kita sendiri.

Baca: “Nampak pakai gelang emas terus turn off” – MK Buat Video TikTok Ala-Ala Nak ‘Mengorat’ Tapi Netizen Kritik Haram Pakai Gelang Emas

Mk Clique

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaida Ismail
Lagi tulisan Syaida
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Viral TikToker Dedah Nail Polish Tak Boleh Tanggal Lepas Meninggal, Netizen Persoal Betul ke Mitos?
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/viral-tiktoker-dedah-nail-polish-tak-boleh-tanggal-lepas-meninggal-netizen-persoal-betul-ke-mitos/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM