Baru-baru ini, viral di media sosial komen-komen wanita yang mengandaikan jika poligami dibolehkan bagi perempuan. Ia bermaksud, mereka ini seolah-olah teringin berpoligami dan ada suami lebih daripada satu.
Ramai netizen lain juga kesal dengan komen-komen tersebut kerana menganggap mereka ini mahu menghalalkan perkara yang sudah ditegah dalam Islam. Namun, seorang influencer TikTok yang gemar berkongsi hal agama terpanggil untuk mengulas isu ini.
@almahiraja
Nabi larang guna ‘kalau’ dan ‘andai’
Influencer itu berkata, perkataan ‘kalau’ dan andai’ adalah dilarang dalam Islam meskipun seseorang itu berkata dalam nada gurauan. Hal ini kerana, perkataan tersebut seolah-olah menyalahkan takdir yang sudah ditentukan oleh Allah SWT.
Selain itu, dia juga berkongsi satu hadis Nabi berkenaan mukmin yang kuat dan lemah. Contoh bagi mukmin yang lemah ialah apabila dia ditimpa musibah ataupun kemalangan, dia akan berkata,
Kalaulah aku tak keluar.. takkanlah berlaku accident.
Kenyataan sebegini membwa maksud seseorang itu menyalahkan takdir dan pada akhir hadis, Nabi SAW berkata perkataan ‘kalau’ boleh membuka banyak pintu syaitan.
Artikel berkaitan: “Kalau ikut hukum salah tapi..” – Hafiz Suip Mengaku Warna Rambut Hijau Untuk Publisiti
Artikel berkaitan: “Mungkin dibebaskan hari in” – Pembunuh Along Spoon Terlepas Hukuman Penjara Sepanjang Hayat
‘Kalau’ yang menghalalkan perkara haram?
Influencer itu juga mengaitkan situasi ‘kalau’ tersebut dengan isu viral wanita teringin berpoligami baru-baru ini.
Itu ‘kalau’ yang seolah-olahh kita merungut dengan apa yang jadi pada diri kita….’kalau’ yang digunakan oleh wanita dalam komen itu ialah ‘kalau’ yang seolah-olah menghalalkan perkara yang Allah sudah haramkan.
Menurutnya, perkataan ‘kalau’ tersebut seakan-akan seseorang itu tidak bersyukur dan berteka-teki mengapa Allah menghalang umat Islam melakukannya.
Dia juga meminta supaya orang ramai lebih berhati-hati kerana perkara sebegini boleh melibatkan akidah dan keimanan umat Islam walaupun sekadar bergurau. Ada sebab dari sudut syarak dan saintifik mengapa wanita tidak dibolehkan berpoligami.
Melihat di ruangan komen, ramai netizen bersetuju dengan pandangan influencer ini.
Betul tu.. tugas kita hanya follow apa yang Allah dah tetapkan.
Sumber: TikTok