in

“Mungkin dibebaskan hari ini” – Pembunuh Along Spoon Terlepas Hukuman Penjara Sepanjang Hayat

Pembunuh Along Spoon

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada tahun 1999, Malaysia digemparkan dengan pembunuhan vokalis kumpulan Spoon selepas dia dilaporkan hilang selama 10 hari.


Terbaru, pembunuh penyanyi lagu Rindu Serindu-rindunya itu difahamkan akan dibebaskan dari Penjara Kajang hari ini selepas Mahkamah Persekutuan meminda hukuman pemenjaraan sepanjang hayat kepada 33 tahun.

Artikel berkaitan: “Mayat dia, saya isikan dalam guni” –  #Throwback Kronologi Pembunuhan Kejam Along Spoon

Artikel berkaitan: Kes Pembunuhan Canny Ong Jadi Punca ‘Parking Lot’ Khas Wanita Diwujudkan Di Malaysia

71700119864 Tbmembunuhpenyanyi

Menurut laporan Utusan Malaysia, peguam yang mewakili Mohd. Ya’cob Demyati iaitu Che Muji Che Noh memberitahu anak guamnya itu akan dibebaskan hari ini, bagaimanapun masa sebenar anak guamnya itu akan dibebaskan masih belum dapat dipastikan.

“Anak guam dipenjarakan 33 tahun dari tarikh tangkap pada 4 Januari 2000. Meskipun mahkamah putuskan tempoh 33 tahun, namun ada ‘diskaun’ satu pertiga.

Maknanya, dia sudah menjalani hukuman selama tempoh ini. Jadi, dia bebas hari ini,” katanya.

Awal hari ini, Mohd. Ya’cob terlepas dari hukuman penjara sepanjang hayat dan Mahkamah Persekutuan meminda hukuman itu kepada penjara 33 tahun.

Difahamkan, dia sebelum ini diperintah menjalani hukuman mati, namun diringankan kepada penjara sepanjang hayat selepas Lembaga Pengampunan yang bersidang pada 7 Ogos 2012 membenarkan petisyen rayuannya.

Keputusan dicapai oleh Mahkamah Persekutuan pada hari kedua persidangan hari ini selepas empat bulan penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati 2023.

Sebagai info, Mohd. Ya’cob antara 12 daripada 13 banduan terlepas daripada hukuman mati atau penjara sepanjang hayat selepas Mahkamah Persekutuan menukarkannya kepada penjara 30 tahun dan ke atas manakala banduan lain turut dikenakan hukuman 12 sebatan.

Sumber: Utusan Malaysia

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.