in

Viral Isu Anak Seni Bergaduh Pilih Rupa Dari Bakat, CEO Finas Buka Mulut

Anak Seni Bergaduh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lepas, nama A. Aida menjadi bualan hangat dalam industri lakonan tempatan apabila Amerul Affendi memberikan komen mengenai kenyataannya yang agak pedas buat orang ramai.

Susulan isu itu menjadi hangat di media sosial, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Profesor Dr Md Nasir Ibrahim telah memilih untuk tidak menyebelahi mana-mana pihak.


Katanya, beliau tidak membezakan anak seni dari segi paras rupa, bangsa, fizikal, dan kelayakan akademik sebaliknya beliau menghargai semua bakat dan kepelbagaian bakat anak seni tanpa diskriminasi.

“Tidak perlu saya keruhkan keadaan kerana saya mahu menjaga keharmonian dan kelestarian hubungan semua penggiat industri,” tambah beliau.

Screenshot 2022 10 27 121449

“Datuk A. Aida juga merupakan Ahli Perbadanan FINAS. Namun, Ingin saya tegaskan bahawa pandangan beliau bukanlah mewakili FINAS tetapi berdasarkan pengalaman beliau sebagai penerbit dan pengarah,” – Dr Md Nasir Ibrahim.

Beliau menghormati pandangan kedua-dua anak seni itu dalam melontarkan pendapat mereka kerana ini menunjukkan sifat prihatin dan tanggungjawab masing-masing untuk memastikan industri filem tempatan berada di landasan yang betul.

Finas menghargai semua bakat anak seni tanpa membezakan paras rupa, fizikal, bangsa, agama, kelayakan akademik, latar belakang dan sebagainya, menurut Gempak.

“Pandangan saya, bakat itu perlu diutamakan. Yang lain itu dianggap sebagai aksesori. Ini disebabkan kepelbagaian watak dalam sesebuah filem itu sendiri.”

Selain itu, yang paling penting ialah sikap dan minat. Tak dinafikan kecantikan paras rupa juga penting untuk watak hero dan heroin. Namun mereka perlu berusaha menggilap bakat mereka supaya mencapai prestasi yang membanggakan, ujar beliau.

Dunia seni ni luas, tak semestinya tak cantik paras rupa terus takde bakat. Tapi ada betulnya juga sesetengah watak memerlukan rupa paras yang senang mata memandang…

Baca : Dikritik Kerana Pentingkan Rupa Dari Bakat, A Aida Tampil Buat Penjelasan

A. Aida Rupa Berbanding Bakat 758X399 1

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.