Semalam viral di media sosial terutamanya di twitter, video sebuah teksi yang telah merempuh kenderaan lain.
Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) semalam kira-kira pukul 1 petang.
Berdasarkan video dibawah yang dikongsikan di twitter, dapat dilihat sebuat teksi telah merempuh beberapa kenderaan lain.
Driver teksi mengamuk di KKIA. Dengarnya stress kerana mereka hilang pendapatan dan kenderaan dilanggar adalah e-hailing. 😱 #Sabah #Malaysia pic.twitter.com/lsEJONhssG
— Azhar ازهرAJ (@rahzamdy) July 19, 2021
Menurut Utusan, pemandu teksi limo tersebut merupakan seorang lelaki berusi 60-an dan dia bertindak demikian kerana berang barisannya dipotong pemandu teksi lapangan terbang lain.
Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa atau pun kecederaan dilaporkan susulan insiden tersebut.
Dalam beberapa video yang tular, pemandu teksi tersebut dilihan merempuh tiga kenderaan lain sebelum turun baru baring di lokasi kejadian.
Video lain lebih jelas bukan e-hailing tapi sesama teksi…. Potong que pic.twitter.com/s6KJg3z7rG
— Azhar ازهرAJ (@rahzamdy) July 19, 2021
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan yang siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian.