in

Bengang Tak Dilayan, Wanita Mengamuk Sampai Hempas Semua iPhone, iPad & MacBooks ‘Display’ Dekat Apple Store

Collage 51

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang semua mesti pernah experience layanan teruk atau tak memuaskan hati dekat sesetengah tempat kan? Kalau benda ni jadi, korang buat apa?


Jangan jadi macam perempuan dari Hong Kong ni pulak…

Seorang wanita dilaporkan tak puas hati dengan servis yang ditawarkan di salah sebuah cawangan Apple store telah bertindak untuk lepaskan geramnya dengan menghempas iPhone, iPad dan Macbooks ke atas lantai sambil disaksikan oleh pekerja-pekerja di sana,

Menurut Coconuts.co, pihak polis telah menerima laporan mengenai insiden ini yang berlaku di Apple store di Kwun Tong, Hong Kong pada Selasa lepas.

Menerusi video yang dimuat naik oleh HK01, wanita yang memakai topi bola lisut tersebut dilihat berjalan disekeliling kedai tersebut sambil menghempas kesemua peranti yang diletakkan di atas meja hingga menyebabkan loceng kecemasan berbunyi.

Screenshot 2021 06 18 At 12.59.38 Pm

Dapat dilihat beberapa iPhone, iPad dan Macbook berselerak di atas lantai dan beberapa peranti lain tergantung dari atas meja.

Dikatakan, bila salah seorang pekerja cuba menghentikan tindakannya, wanita tersebut menjerit dan meminta pekerja di sana untuk tak menyentuhnya.

Screenshot 2021 06 18 At 1.00.43 Pm

Menurut media tempatan, wanita tersebut dikatakan tak berpuas hati dengan perangai salah seorang pekerja di kedai tersebut.

Wanita ini telah pun ditahan oleh pihak polis manakala salah seorang pekerja di sana telah mengalami kecederaan di kepala.

Memang sakit hati kalau pekerja layan kita macam ni, tapi kena ingat juga jangan buat tindakan yang boleh memakan diri.

 

Baca: Menteri-menteri Bergaduh Sampai Hempas Meja Gara-gara MITI Bagi 95,000 Syarikat Beroperasi?

Screenshot 2021 06 18 At 1.10.38 Pm

Sumber: HK01
Sumber: HK01

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.