in

[VIDEO] Tertinggal Kad Bank Di ATM, ‘Stranger’ Ambil Kesempatan Keluarkan Duit Guna Kad Mangsa

Ft Lelaki Curi Duit Mesin Atm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu kejadian seorang lelaki mencuri wang di mesin ATM daripada seorang wanita di Johor Bahru kelmarin (24 Januari 2022), kejadian itu dikongsikan sendiri oleh anak mangsa menerusi laman Twitter.


 

Teruskan transaksi, keluarkan full amount

Kata @al_iskandarani, insiden ini berlaku di stesen Petronas Bandar Baru Uda, Johor Bahru kira-kira jam 4.56 petang. Menerusi rakaman CCTV, anak mangsa menjelaskan bahawa ibunya terlupa untuk ambil kad dari mesin ATM tersebut setelah mengambil resit.

Oleh itu, lelaki (suspek) yang beratur di belakangnya meneruskan transaksi dan mengeluarkan amaun maksimum.

“Selesai melakukan transaksi (print statement), ibu saya hanya mengambil resit statement tanpa mengeluarkan semula kad ATM Maybank beliau. Lelaki ini adalah orang yang beratur di belakang ibu saya, di  meneruskan transaksi dan mengeluarkan sejumlah wang dari akaun ibu saya.”

Disebabkan itu, keluarga mangsa meminta orang ramai terutamanya yang tinggal di Johor Bahru untuk salurkan maklumat suspek kepada keluarga mangsa.

 

Duit yang dia ambil tu bukan sikit tapi sangat banyak, mak saya dahlah pesara, duit tu la buat makan harian kami”, kata seorang lagi anak mangsa, @dodiejakim.

Terkini, laporan polis sudah dibuat dan ada individu yang sudah menghubungi keluarga mangsa, mereka sekeluarga kini sedang tunggu suspek pulangkan semula duit tersebut.

Video tersebut telah meraih lebih daripada 2,000 jumlah retweet, dalam masa 18 jam. Rata-rata netizen mengecam dengan tindakan lelaki tersebut yang dianggap tidak berhati perut.

 

Baca : ‘Ingatkan Wanita, Rupa-rupanya…’ – Polis Tahan Lelaki Berjubah Wanita, Kantoi Curi Duit Tabung Surau

Feat Surau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.