in

[VIDEO] Terhibur! Sekumpulan Lelaki Menyorok Lepas Nampak Polis Masa Lepak Depan Rumah

Fi Nyorok Nampak Polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sehingga sekarang ini, wabak Covid-19 masih belum berjaya dibendung sepenuhnya dan kes jangkitan harian juga menunjukkan angka yang merisaukan. Bukan itu saja, masih ada beberapa negeri yang berada dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) fasa satu.



Walaupun kelonggaran aktiviti telah diberi oleh kerajaan baru-baru ini, tapi ia tetap merisaukan ramai pihak. Jadinya, aktiviti bertemu rakan di kawasan setempat saja lah yang menghilangkan bosan seakan sama dengan kisah ini.

 

Perasan ada Polis dari jauh

Baru-baru ini, aksi sekumpulan pemuda yang dilihat sedang melepak depan rumah ini menjadi perhatian ramai

Posting yang dikongsi oleh @Tok_tek ini menunjukkan beberapa orang pemuda lelaki sedang duduk melepak di depan rumah. Sewaktu mereka tengah asyik duduk berborak, tiba-tiba mereka menyedari ada sebuah kereta peronda Polis datang menghampiri dengan perlahan.

Nyorok Nampak Polis 3

Oleh sebab terkejut, mereka berempat terus ‘menggelupur’ masuk ke dalam ruangan rumah dan terus masing-masing baring ala-ala komando.

Dalam kejadian yang berlaku hampir jam 12 malam itu juga, salah seorang dari mereka sempat untuk mengintai sehinggalah kereta peronda tersebut melepasi rumah itu.

Perkongsian di Twitter itu telah menjadi bualan netizen, dan video tersebut sehingga kini dah meraih lebih dari 115k tontonan.

 

“Masing2 gaya macam tengah berlatih ketenteraan ya”

Di ruangan komen, aksi sekumpulan pemuda itu nyata menghiburkan warganet yang melihat. Ada yang mengatakan bahawa tindakan mereka itu dah macam tentera sendiri selain, ada yang turut berkongsikan kisah seakan sama dengan apa dilalui pemuda-pemuda tersebut.

Reak Nyorok Nampak Polis 1 Edit Reak Nyorok Nampak Polis 2 Edit Reak Nyorok Nampak Polis 3 Edit Reak Nyorok Nampak Polis 4 Edit

Laju betul dorang bergerak. Nasib baiklah tak terhentak muka ke apa, kalau tidak mahu menahan bengkak berapa hari.

 

Baca : Viral Menang Tiket Loteri RM2.4 Juta, Sami ‘Menyorok’ Selepas Ramai Serbu Tokong Minta Bantuan

Foot Nyorok Nampak Polis 1

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.