in

Viral Menang Tiket Loteri RM2.4 Juta, Sami ‘Menyorok’ Selepas Ramai Serbu Tokong Minta Bantuan

Ft Sami Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila kita tiada apa-apa, tiada seorang pun yang sibuk mencari. Namun, bila kita sudah ada segalanya, ramai pula yang tidak putus-putus datang mencari, bertanya khabar malah ada yang tanpa segan-silu meminta segala macam bantuan.


Begitulah nasib yang terjadi kepada seorang sami di Thailand ini apabila kehidupannya yang sebelum ini aman damai berubah 180° setelah berjaya memenangi tiket loteri yang berjumlah 18 juta Baht yang bersamaan RM2,418,738!

Fuh, lebih dua juta tu!

 

Menang 3 tiket loteri

Menurut Nextshark, sami tersebut yang dikenali sebagai Ajahn Montri Samujjo yang berusia 67 tahun yang menetap di Wat Thinnakorn Nimit di wilayah Nonthaburi, Thailand ini telah berjaya memenangi 3 tiket loteri yang bernilai 6 juta Baht (RM807,480) semasa undian pada Ahad lalu.

Montri yang dikenali sebagai Sami Piak itu dikatakan sedang berjalan di kuil apabila secara tiba-tiba didatangi oleh seorang penjual tiket loteri yang bertanya sekiranya dia mahu membeli baki tiket loteri yang tinggal selepas dia tidak berjaya menjualnya.

Sami yang bersimpati dengan nasib lelaki itu telah meminjam duit sebanyak 2,000 Baht (RM267.38) dari rakan-rakan saminya yang lain untuk membantu lelaki itu.

Sewaktu tiba hari pengundian, Montri terkejut apabila mendapati 3 tiket loteri yang dibelinya itu berjaya memenangi nombor loteri yang membawa wang tunai bernilai jutaan ringgit.

Montri kemuadiannya memberi sebanyak 1 juta Baht (RM134,511) kepada 3 orang anaknya manakala sebahagian lagi telah didermakan kepada tokong dan mereka yang memerlukan. Baki daripada wang tersebut turut disimpan untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan pada masa yang akan datang.

Feat Sami Bru

Feat Judi

 

Tular berita kemenangan, orang berpusu-pusu ke tokong

Walau bagaimanapun, berita kemenangannya itu telah tersebar secara meluas di media sosial menyebabkan ramai orang telah berpusu-pusu datang ke tokong tersebut untuk meminta sumbangan.

Keadaan menjadi tidak terkawal telah menyebabkan sami itu tidak dapat tidur dengan lena pada malam hari gara-gara kunjungan secara ‘berjemaah’ yang diterimanya pada setiap hari itu

Dah macam Ahlong kutip hutang pulak.

 

Terpaksa ‘menyorok’ 

Hal ini menyebabkan Montri terpaksa ‘menyorok’kan dirinya daripada pengetahuan orang ramai gara-gara stress menerima kunjungan tanpa henti itu.

Penolong ketua sami, Sitthi Woradi telah mendedahkan bahawa Montri tidak lagi tinggal di tokong mereka setelah dia sendiri meminta untuk ditukarkan ke tokong yang lain di lokasi yang dirahsiakan.

Tambahnya lagi, dia berharap semoga mereka yang lain tidak lagi datang ke tokong itu untuk meminta sumbangan kerana perkara ini mencetuskan situasi yang kacau-bilau di dalam tokong.

Dia dah pergi tempat lain, tolong jangan ke sini lagi. Ini sangat menggangu dan mencetuskan huru-hara di kalangan kami.

Hmm siapa pula yang sebarkan kemenangan sami tu? 

Baca: “Tua ganyut tak sedar diri” – Atuk 74 Tahun Menang Loteri, Terus Ceraikan Isteri Dapat Remaja 18 Tahun Bagi Seks Oral Baca Sami

Sumber: Nextshark
Sumber: Nextshark

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.