in

[VIDEO] Sekolah di Singapura Kecewa Sebab Pelajarnya Bangga Buang Duit Ke Dalam Mangkuk Tandas

S

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Salah sebuah sekolah di Singapura meluahkan rasa kecewa kepada tiga orang pelajarnya di mana mereka sengaja membuang duit 50 dolar Singapura (RM150) ke dalam mangkuk tandas. Bukan itu sahaja, mereka juga turut membuang duit kertas berkenaan ke luar bangunan, lapor Asia One.


Tindakan itu disedari apabila salah seorang daripada mereka upload video tu di Instagram.

Kalau korang tengok video dekat atas ni, korang boleh tengok sendiri macam mana dorang buang duit dari atas bangunan. Macam takde nilai je…

Tak cukup dengan itu, dorang tunjuk pulak dorang buang duit dalam mangkuk tandas. Siap flush!

T1 2

Kalau korang nak tahu video ini telah pun sampai ke pengetahuan pengetua sekolah berkenaan dan meluahkan rasa kecewa atas tindakan tiga pelajar berkenaan.

K

Tambahnya lagi, pihak sekolah tidak pernah mengajar mereka untuk melakukan hal seperti itu dan disebabkan ini, pihak sekolah telah memberikan nasihat dan mengenakan tindakan tatatertib serta telah memaklumkan perkara ini kepada ibu bapa pelajar yang terlibat.

Ni kira dah banyak sangat duit ni sampai nak buang-buang duit.

Baca : “Pelajar kurang ajar!” – Ada Pelajar Sesuka Hati ‘Menganjing’ Cikgu Yang Sedang Pregnant?

Guru

Sumber: Youtube
Sumber: Youtube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.