in

[VIDEO] Ramai Gadis Cair Tengok Oppa ‘Pilot’ Korea Di LIMA Langkawi

Pilot Oppa Di Lima

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sedang berlangsung Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA 2023) yang mana pada tahun ini merupakan pertunjukan terbesar dalam sejarah penganjurannya.


Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, LIMA edisi ke-16 ini amat dinantikan ramai pihak memandangkan kali terakhir ia diadakan pada tahun 2019.

Sejak semalam, video pertunjukan pesawat dan jet pejuang di LIMA telah tular di media sosial. Ramai juga mengambil peluang hadir ke pameran tersebut untuk menyaksikan acara dwi-tahunan itu.

Antara video yang telah mencuri perhatian ramai terutama para wanita adalah Pasukan Penerbangan Akrobatik Korea Selatan, Black Eagle yang terlihat seperti oppa dalam K-drama.

@wan_hazlami

Kenapa anda perlu datang LIMA? Ini jawapannya??#limalangkawi2023 #oppasaranghaeyoo #blackeagle #acrobaticflight #fypage #korea ?? #fypシ゚viral #aviationlife #foryoupage

♬ bunyi asal – T Rex Wan – T Rex Wan

“Iman jatuh berterabur tak dan nak kutip”

Walapun hanya berjalan sambil berbual dan ‘berlari anak’, video tersebut telah membuatkan para wanita begitu teruja dan mengingatkan kembali vibes dalam drama Descendants of the Sun yang pernah popular pada tahun 2016.

Screenshot 2023 05 24 165534

Menerusi video lain, turut dipaparkan persembahan udara dari mereka, demonstrasi menerbangkan pesawat dan membuat bentuk hati di udara.

@wan_hazlami

Membalas kepada @changbinibinie Nah ❤️ dari pilot oppa ?? #limalangkawi2023 #fypシ #aviationlife #blackeagles #❤️ #foryoupage❤️❤️

♬ bunyi asal – T Rex Wan – T Rex Wan

Difahamkan, terdapat lima negara yang terlibat dalam pertunjukkan aerobatik termasuklah Rusia, China, Indonesia, Korea Selatan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). Manakala lebih 600 syarikat daripada 60 negara akan mengambil bahagian dalam LIMA kali ini.

Untuk yang tak tahu, pameran ini telah berlangsung sejak semalam sehingga 27 Mei ini. Tiket untuk menyaksikan LIMA 2023 bermula dari RM30 untuk pelawat awam dan RM175 untuk pelawat luar secara dalam talian.

Harap para gadis di luar sana bertenang okay!

Baca: “Siap tukar nama Jimin Cheong”- Lelaki Ini Bedah Muka Jadi Oppa Untuk Elak Dicekup Polis
F4 Bedah Plastik

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.