in

[VIDEO] Polis Tengah Siasat Orang Ramai Berkerumun Makan Durian Dekat PPV Di JB

Ppvjb3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Viral di media sejak semalam memperlihatkan sekumpulan individu berkumpul ramai-ramai sambil makan durian telah mendapat perhatian rakyat Malaysia.


Lebih menarik perhatian netizen lagi adalah lokasi itu berlangsung di sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Johor Bahru dan dikatakan individu di dalam video terbabit merupakan petugas-petugas di PPV tersebut.

 

Berkumpul makan durian masa tengah PPN Fasa 1?

Namun begitu, kesahihan mengenai individu-individu masih belum dikenal pasti kerana pihak polis masih lagi menjalankan siasatan ini.

Menerusi  Astro Awani, pihak polis menerima laporan mengenai dakwaan pelanggaran SOPPelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 itu pada hari semalam (Ahad, 18 Julai 2021) kira-kira jam 3.41 petang.

“Kes akan disiasat di bawah Perkara 17(1) Peraturan-Peraturan dan Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021 dan siasatan lanjut akan dijalankan,” kata Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Mohd Padzli Mohd Zain.

Beliau juga turut menjelaskan bahawa pihak polis sedang menyiasat samada mereka di dalam video terbabit benar-benar petugas PPV ataupun tidak.

 

Baca : “Singgah sekejap je” – Jamal Abdillah Disiasat Polis Langgar SOP Lepas Viral Foto Makan Durian Sambil Berkaraoke

Jamal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.