in

“Singgah sekejap je” – Jamal Abdillah Disiasat Polis Langgar SOP Lepas Viral Foto Makan Durian Sambil Berkaraoke

Jamal Abdillah Langgar Sop Berkaraoke Makan Durian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular beberapa foto di media sosial menunjukkan penyanyi terkenal, Jamal Abdillah didakwa telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana makan durian sambil berkaraoke.



Jamal Abdillah

Menurut mStar, Jamal atau nama sebenarnya, Jamal Ubaidillah Mohd Ali, 62, mengakui dia berada di sebuah ladang dekat Kampung Poh, Bidor, Perak pada Jumaat lepas untuk mendapatkan baja bagi bisnes kolam ikan yang diusahakannya di Bukit Merah.

Walau bagaimanapun, perkara tersebut berlaku gara-gara dia menerima pelawaan satu dusun untuk makan durian bersama sambil berkaraoke.

Betul itu adalah saya, jadi saya nak mohon maaf kepada semua kerana terleka. Sebenarnya saya ke sana kerana urusan untuk dapatkan baja untuk kolam ikan. 

Lepas itu kawan-kawan yang ada dusun durian ajak saya makan durian, saya ikut la. Orang jemput takkan saya nak tolak… hanya singgah sekejap je,” katanya.

Bila tanya suasana di dusun tersebut seperti sedang berpesta kerana Jamal dilihat turut menghiburkan peminat, dia berkata perkara itu berlaku secara kebetulan.

“Kebetulan tempat tu ada set karaoke, sambil makan… saya menyanyi. Sebelum tu saya pakai pelitup muka tapi apabila nak makan dan nyanyi, saya letak tepi,” katanya.

Susulan tular gambar tersebut, Ketua Polis Daerah Tapah, Supritendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pihaknya akan mendapatkan keterangan Jamal dan individu lain yang dipercayai peniaga dan penduduk kampung untuk bantu siasatan.

Penyanyi itu juga berkata, dia sedia memberi kerjasama dan akan hadir ke Balai Polis Tapah pada jam 2 petang semalam.

Jamal juga pada masa yang sama tidak menyangka persinggahannya telah mengundang masalah dan menarik perhatian penduduk kampung untuk terlibat sama.

“Saya tak tahu dekat situ ada orang lain, jadi apabila orang lihat saya… tiba-tiba ramai datang berkumpul. 

“Saya akui memang salah sebab terlepas pandang. Saya hanya memenuhi hasrat orang, tak mahu kecilkan hati orang,” katanya lagi.

Baguslah Jamal telah mengakui kesalahannya. Harap perkara sebegini tak berulang lagi. 

Baca: Mengaku Langgar SOP Covid-19, Menteri Kesihatan UK Letak Jawatan

1Menteri

Sumber: mStar
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.